• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Terkini arrow Perspektif: Bajet pembangunan belia dioptimum
Perspektif: Bajet pembangunan belia dioptimum PDF Cetak E-mail
Sunday, 10 September 2006

SUSUNAN kandungan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan ucapan Bajet 2007 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 1 September lalu adalah berbeza. Semua program diletakkan di bawah teras tertentu.

Dengan mudah dapat dilihat apa teras yang ditekankan, apa program terbabit dan apa pula institusi pelaksana yang bertanggungjawab.

Bagi sesetengah orang, perkara itu kelihatan remeh, tetapi penyusunan ucapan Bajet 2007 dan RMK-9 yang lebih sistematik sebenarnya melambangkan perancangan dasar yang lebih sistematik.

Contoh susunan yang lebih sistematik dalam ucapan bajet ini merujuk kepada teras kedua iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.

Di bawah teras ini, disenaraikan program meningkatkan akses kepada sistem pendidikan dan latihan berkualiti pada semua peringkat; memperkasakan sekolah rendah dan menengah; memartabatkan institusi pengajian tinggi; mempergiatkan latihan kemahiran; mengurangkan graduan menganggur; memperkasa wanita dan merintis kejayaan belia.

Teras ini ialah modal insan yang hampir keseluruhan mengenai belia. Dengan penyusunan seperti itu, tidak perlu lagi diperjelaskan bahawa bajet belia tidak hanya terletak di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kini, ia dengan sendirinya dapat dilihat dengan jelas.

Di samping itu, bajet turut mempunyai peruntukan lain membabitkan belia secara lebih signifikan. Contohnya, syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 50 peratus daripada dana pelaburannya dalam pembiayaan modal teroka diberikan pengecualian cukai pendapatan selama 10 tahun. Sebahagian besar yang mendapat manfaat ialah usahawan muda teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Begitu juga dengan langkah untuk merancakkan pembangunan ICT, seperti meluaskan konsep Multimedia Super Corridor (MSC) ke Melaka dan Johor Bahru. Ia akan menyumbang kepada pembangunan belia dan usahawan muda ICT di sana. Pada masa sama, ia mampu membantu mengurangkan migrasi belia dari kawasan itu ke Lembah Klang.

Strategi modal insan dan ICT memang sudah dijangkakan. Tetapi, ada satu sektor yang walaupun diberikan penekanan besar dalam bajet ini tidak dinyatakan secara jelas aspek belia di dalamnya. Sektor yang dimaksudkan ialah pertanian.

Belia hari ini kurang berminat dengan pertanian. Malah, ramai graduan pertanian pun tidak menjadi petani, sesuatu perlu dilakukan bagi menggalakkan dan memotivasi belia supaya mereka menceburi bidang itu.

Kalau tidak, ada kemungkinan segala perancangan dan peruntukan besar yang dipertaruhkan kepada sektor ini tidak akan berkesinambungan berikutan kurang pewaris tani yang akan meneruskannya kelak.

Langkah awal yang praktikal ialah mewujudkan Institut Pertanian Belia Negara (IPKN) di bawah KBS, iaitu sebaris dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang sedia ada.

Satu lagi sektor yang banyak membabitkan belia ialah pembinaan. Tetapi, sejak 2004, sektor ini mengalami penguncupan. Bagaimanapun, ia dijangka kembali pulih tahun ini.

Sebenarnya penguncupan itu ada hikmahnya. Sebelum era Abdullah, ekonomi negara amat bergantung kepada kesan limpahan daripada sektor pembinaan menyebabkan ramai belia berlumba-lumba menjadi kontraktor, walaupun mereka kurang berkemampuan.

Penguncupan itu, sama ada dirancang ataupun tidak, sekurang-kurangnya membuatkan belia berfikir dulu sebelum menjadi kontraktor. Ramai yang memilih bidang lain, contohnya ICT.

Ketika belia dalam sektor pembinaan merungut akibat penguncupan, belia dalam sektor ICT tidak merungut. Justeru, penguncupan itu harus dilihat sebagai satu tempoh masa penyesuaian terhadap struktur ekonomi negara.

Di samping itu, peruntukan KBS seharusnya ditambah. Peruntukan sebanyak RM721 juta yang disediakan sebenarnya belum mencukupi. Tetapi satu isu dalam pembangunan belia ialah hasilnya tidak dapat dilihat dengan jelas dan cepat.

Pulangan terhadap pelaburan dalam bidang ini sukar diukur. Ia tidak seperti dalam sektor lain, contohnya pembuatan, dengan pulangan terhadap pelaburan mudah diukur – jumlah modal dibelanjakan dapat dibandingkan dengan jumlah barang dikeluarkan. Malahan, ia juga tidak seperti sukan, dengan jumlah dana dibelanjakan dapat diukur dengan jumlah pingat dimenangi.

Pulangan terhadap pelaburan dalam pembangunan belia mengambil masa dan memerlukan ukuran berbeza. Contohnya, berapa peruntukan untuk melahirkan tiga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang kini menjadi Menteri Besar atau Ketua Menteri, iaitu Datuk Seri Mohd Tajol Rosli (Perak), Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Melaka) dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Selangor)?

Masalahnya, kita belum mempunyai sistem mengindeks dan mengakaun pembangunan belia. Di sesetengah negara maju, mereka sudah sampai ke tahap dapat mengira jumlah sumbangan belia, masyarakat sivil dan kesukarelaan terhadap KDNK negara.

Sementara menanti kehadiran ukuran itu, hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah semakin banyak peruntukan disediakan untuk pembangunan belia, maka semakin berkurang pula peruntukan yang diperlukan untuk menangani masalah sosial di kalangan belia.

Begitu juga sebaliknya. Jika gerakan belia kurang aktif antara faktornya ialah kurang peruntukan, maka kita janganlah terlalu mengharapkan kepada gerakan belia untuk menangani masalah sosial di kalangan belia.

Tentulah tidak mungkin jika kerajaan perlu menanggung sepenuhnya perbelanjaan pembangunan belia. Dalam hal ini pembabitan swasta amat diperlukan, mereka perlu dimotivasi. Di sini, jika dalam hal menyemai tanggungjawab sosial korporat, kerajaan memberikan had potongan cukai ke atas sumbangan pihak swasta kepada pertubuhan kebajikan ditingkatkan daripada lima kepada tujuh peratus berasaskan pendapatan agregat, dan ia kini diperluaskan kepada kegiatan sukan, maka adalah dicadangkan supaya ia selanjutnya diperluaskan kepada kegiatan pembangunan belia.

Pada masa sama, gerakan belia perlu menguruskan peruntukan yang ada dengan baik terutama dari segi pengagihan, perbelanjaan, kelulusan dan keutamaan. Peruntukan hendaklah disalurkan kepada program yang sudah diperuntukkan dan bukan kepada program baru yang mengambil peruntukan daripada program diperuntukkan itu.

Perbelanjaan untuk perkara tidak penting seperti beg seminar, baju dan seluar hendaklah diminimumkan. Proses kelulusan terhadap permohonan peruntukan daripada persatuan belia hendaklah dipercepatkan, manakala program pengupayaan persatuan belia untuk mengaktifkan mana-mana yang tidak aktif hendaklah diadakan semula.

Pembangunan belia mempunyai Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang dimulakan sejak 1972 atas cadangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu pegawai kanan KBS. Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein menyifatkan MPBN sebagai ‘Parlimen Belia’.

Parlimen Belia hendaklah membahaskan bajet pembangunan belia sebelum dihantar untuk dimasukkan dalam ucapan bajet.



Datuk Saifuddin Abdullah adalah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998 - 2002). E-mel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

©The New Straits Times Press (M) Berhad
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my