Kenyataan Akhbar
PENGEDARAN JALUR GEMILANG DAN PELEKAT | PENGEDARAN JALUR GEMILANG DAN PELEKAT |
|
|
|
| Monday, 28 August 2006 | |
|
PENGEDARAN JALUR GEMILANG DAN PELEKAT OLEH Bersempena sambutan bulan kemerdekaan ke – 49, Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Badan-badan Gabungan MBM di peringkat kebangsaan dan negeri menyahut seruan kerajaan menjayakan sambutan kemerdekaan negara dengan mengadakan Pelancaran Kempen Mengedar Jalur Gemilang dan Pelekat yang bertemakan “Hargai Kemerdekaan Negara - Penderitaan Orang Lain Menginsafkan Kita” pada 28 Ogos 2006 (Isnin) bermula jam 8.30 pagi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said.
Menteri Belia dan Sukan, YB. Datuk Azalina Dato' Said bersama Presiden MBM, Sdr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah mengedarkan Jalur Gemilang di Plaza Tol Plus, Sg. Besi sambil disaksikan oleh exco MBM serta wakil-wakil badan gabungan. Serentak dengan pelancaran tersebut, majlis yang sama akan berlangsung di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara seperti ; Selangor Darul Ehsan Kempen mengedar Jalur Gemilang di negeri ini dikelolakan oleh Majlis Belia Selangor di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam, Selangor. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Pulau Pinang Kempen Peringkat Negeri Pulau Pinang diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang di Plaza Tol Juru. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Presiden MBN Pulau Pinang, Sdr. Tan Yok Cheng, Exco MBN Pulau Pinang dan sukarelawan. Johor Darul Takzim Kempen Mengedar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Johor diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Johor di Plaza Tol Skudai. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Pengerusi MBN Johor, YBhg Dato’ Hj Ramli Ismail, Exco MBN Johor dan sukarelawan. Perak Darul Ridzuan Kempen Peringkat Negeri Perak diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Pengerusi MBN Perak, Sdr. Hang Tuah bin Din, Exco MBN Perak dan sukarelawan. Pahang Darul Makmur Kempen ini diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bentong di Plaza Tol Bentong. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan secara percuma kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Presiden MBN Pahang, YBhg Dato’ Abdul Fattah Abdullah, Exco MBN Pahang dan sukarelawan. Kedah Darul Aman Kempen Peringkat Negeri Kedah diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Kedah di Plaza Tol Alor Setar Selatan. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan secara percuma kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Pengerusi MBN Kedah, Tuan Hj Ahmad Zaini Japar, Exco MBN Kedah dan sukarelawan. Negeri Sembilan Darul Khusus Kempen Peringkat Negeri Sembilan diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Sembilan di Plaza Tol Seremban. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada pengguna-pengguna plaza tol tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Presiden MBN Sembilan, Sdr. Khaidir Jamal, Exco MBN Sembilan dan sukarelawan. Melaka Kempen Peringkat Negeri Melaka diuruskendalikan oleh Majlis Gabungan Belia Melaka di Dataran Sejarah, Ayer Keroh. Sebanyak 5,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada orang ramai. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka YB Datuk Idris Haron, Exco MGBM dan sukarelawan. Kelantan Darul Naim Kempen Peringkat Negeri Kelantan diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Kelantan di KB Mall, Kota Bharu bagi kawasan pantai timur. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan secara percuma kepada pengunjung–pengunjung pusat membeli-belah tersebut. Kempen ini dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Kelantanm, Sdr. Che Rosli Hassan, Exco dan sukarelawan. Terengganu Darul Iman Kempen Peringkat Negeri Terengganu diuruskendalikan oleh Majlis Belia Negeri Terengganu dan dijalankan di sekitar kawasan Wisma Majlis Belia Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Sebanyak 5,000 Jalur Gemilang dan pelekat disediakan untuk diedarkan kepada orang ramai. Kempen ini dihadiri oleh Exco Belia dan Sukan Negeri, Pengerusi MBN Terengganu, YB Encik Mohd Yusof Majid, Exco MBN Terengganu dan sukarelawan. Perlis Indera Kayangan Di Negeri Perlis, kempen ini dikendalikan oleh Majlis Belia Negeri Perlis dan dijalankan di Kangar, Perlis. Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dan pelekat diedarkan kepada orang ramai. Penganjuran program seumpama ini adalah sebagai satu usaha mengajak rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat dalam diri sekaligus meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara. Saya bagi pihak MBM melahirkan rasa syukur kerana negara kita berada dalam aman dan damai seterusnya dapat bersama-sama menyambut hari kemerdekaan yang ke - 49 ini tanpa rasa takut tidak seperti negara-negara lain di dunia. Akhir sekali MBM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Belia dan Sukan, PLUS Berhad, MTD Berhad, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM, Ahli Dewan Tertinggi MBM, badan-badan gabungan MBM dan sukarelawan atas usaha mereka serta pihak media yang membantu MBM dalam menjayakan program ini. Terima kasih. SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my