• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow KEMPEN JALUR GEMILANG MAJLIS BELIA MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE - 49
KEMPEN JALUR GEMILANG MAJLIS BELIA MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE - 49 PDF Cetak E-mail
Friday, 25 August 2006

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang merupakan badan induk kepada 40 buah pertubuhan belia dan mewakili golongan belia di Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke - 49 kepada seluruh rakyat di negara ini.

MBM telah menyusun beberapa aktiviti bersempena bulan kemerdekaan ini dengan kerjasama Badan-badan Gabungan MBM di peringkat kebangsaan dan negeri. Aktiviti-aktiviti ini diatur di bawah Program Karnival Kemerdekaan MBM. 

MBM bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan mengadakan kempen mengedar Jalur Gemilang dan sticker kereta yang bertemakan “Hargai Kemerdekaan Negara - Penderitaan Orang Lain Menginsafkan Kita” di seluruh negara secara serentak pada 28 Ogos 2006 (Isnin) bermula jam 10.00 pagi.

Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said pada 28 Ogos 2006 (Isnin) jam 10.00 pagi di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur.

YB Menteri Belia dan Sukan bersama Presiden MBM, Exco dan 100 orang sukarelawan MBM akan terlibat sama dalam mengedarkan Jalur Gemilang (bendera kereta) dan sticker secara percuma kepada pengguna-pengguna tol tersebut.

Serentak dengan pelancaran tersebut, majlis yang sama akan berlangsung di lokasi terpilih seluruh negara seperti Plaza Tol Batu Tiga Shah Alam (Selangor), Juru (Pulau Pinang), Skudai (Johor), Ipoh Selatan (Perak), Alor Setar Selatan (Kedah), Seremban (Negeri Sembilan) dan Ayer Keroh (Melaka), KB Mall (Kelantan), Pejabat Majlis Belia Negeri Terengganu, (Terengganu) dan Kangar, (Perlis).

Penganjuran program seumpama ini adalah sebagai satu usaha mengajak rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat dalam diri sekaligus meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara.
Bagi menyemarakkan program ini, MBM dan Kementerian Belia dan Sukan mengadakan majlis simbolik penyerahan 15,000 Jalur Gemilang kepada persatuan-persatuan belia di bawah naungan MBM. Pada majlis ini juga, MBM akan menyerahkan sticker kereta kemerdekaan sebanyak 20,000 unit. Majlis penyerahan ini akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato’ Liow.

MBM juga menyeru pertubuhan belia di semua peringkat supaya mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk disertai belia daripada pelbagai kaum. Dengan cara demikian,  semangat penyatuan dan perpaduan dapat dipupuk di kalangan generasi muda di samping membangkitkan kesedaran serta rasa syukur nikmat kemerdekaan seperti yang dikecapi kini.

Pada masa sama, MBM berharap golongan belia yang menyertai acara-acara Hari Kemerdekaan supaya dapat menzahirkan semangat patriotik kepada negara secara sopan serta tidak bertentangan dengan nilai serta budaya masyarakat kita. Buktikan kepada semua bahawa belia Malaysia mempunyai semangat dan disiplin yang tinggi lebih-lebih lagi ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air sendiri. 

Sambutan kemerdekaan akan menjadi lebih bermakna jika golongan belia hari ini mempunyai azam untuk berubah serta bekerja keras meningkatkan jati diri dengan mencontohi semangat juang, cita-cita dan harapan pemimpin-pemimpin kemerdekaan terdahulu.

Terima kasih.

SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH
Presiden

 
< Sebelumnya
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my