| 500 ahli parti, NGO bantah |
|
|
|
| Monday, 22 February 2010 | |
|
KUALA LUMPUR 17 Feb. - Hampir 500 individu dari parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun dan berarak secara aman di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng di sini hari ini. Mereka berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan Australia yang dilihat cuba masuk campur dalam pertuduhan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu membabitkan ahli Pergerakan Pemuda UMNO dan MIC, Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Parti Makkal Sakti Malaysia serta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). Kesemua mereka dilihat berhimpun di sebuah restoran di jalan tersebut sebelum berarak ke pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia kira-kira 45 minit kemudian. Hujan renyai-renyai tidak menghalang kumpulan itu meneruskan perarakan dengan melaungkan slogan Mind your own business sambil membawa beberapa kain rentang. Sepasukan anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal di pekarangan pejabat suruhanjaya tinggi itu seawal pukul 8 pagi. Memorandum bantahan tersebut diserahkan secara berasingan oleh Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Datuk Razali Ibrahim, manakala Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dilihat memasuki laluan keselamatan di pejabat suruhanjaya tinggi terbabit pada pukul 10.05 pagi. Ia diikuti oleh Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R. S. Thanenthiran pada pukul 10.40 pagi, manakala Timbalan Pengerusi BNBBC Datuk Bung Mokhtar Radin masuk 25 minit selepas itu bersama Datuk Ibrahim Ali. Seramai 50 Ahli Parlimen Australia baru-baru ini meminta supaya kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar. Berikutan tindakan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta Wisma Putra agar memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar perkara itu kepada Ahli Parlimen berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia itu berada dalam keadaan terkawal. Beliau berkata, kesemua wakil pertubuhan yang menyerahkan memorandum hari ini tidak memohon permit untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan itu. "Namun, tiada insiden yang luar biasa berlaku sepanjang perhimpunan kali ini dan polis tidak menahan mana-mana individu," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my