• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA PDF Cetak E-mail
Tuesday, 12 January 2010

ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA

1. Majlis Belia Sabah (MBS) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab yang menjadikan Rumah Ibadat sebagai sasaran untuk melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Majalah The Herald: The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ pada 31 Disember 2009.

2. Majlis Belia Sabah yang terdiri daripada 10 badan gabungan iaitu Pengakap, Pandu Puteri, ABIM, Puteri Islam, YMM, JCI, GBBM, St. John’s, Briged Putera dan Briged Puteri meminta agar rakyat di Sabah tidak mengambil tindakan serupa kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan keharmonian bermasyarakat yang sedia terjalin selama ini. MBS berharap agar pihak berkuasa dapat meningkatkan kawalan agar perkara tersebut tidak belaku dinegeri ini.

3. Seterusnya Saya menyarankan agar semua pihak mengambil tindakan secara rasional dan bukan berdasarkan emosi. Semua perlu ambil maklum bahawa perkara ini adalah isu dasar dan kritikal yang melibatkan Akidah dan Kepercayaan agama ummat Islam dan penganut Kristian. Penyelesaian yang bersandarkan ilmu yang benar dengan mengambilkira sejarah, perlembagaan dan kontrak sosial serta semangat perpaduan Negara ini perlu diambilkira. Kita tidak mahu isu ini diwariskan kepada generasi muda dan generasi seterusnya kerana khuathir mereka tidak dapat menanggapi isu ini secara rasional seperti majoriti rakyat Malaysia sekarang ini. 

4. Ruang untuk berdialog dan berinteraksi perlu disuburkan supaya semua pihak yang berautoriti dapat memberi pandangan tentang isu ini. Sebagai contoh, saranan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun perlu diambilkira dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Saranan tersebut sebenarnya cuba untuk memadamkan “punca api yang menyebabkan kebakaran yang sedang berlaku”.

5. Akhirnya, Majlis Belia Sabah berharap agar para belia dan generasi muda di negeri ini agar bertindak secara rasional. Marilah kita sama-sama berdoa agar isu ini dapat diselesaikan secara baik supaya kita dapat meneruskan agenda memperkasa belia dan generasi muda agar menjadi insan dan warganegara yang memberi manafaat kepada pembangunan negeri dan Negara.

Di keluarkan oleh:

Mustapha Haji Sakmud

Presiden, Majlis Belia Sabah, 12 Jan 2010.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my