| GPMS, Tri-tas Timber bangun projek perumahan belia RM1b |
|
|
|
| Monday, 11 January 2010 | |
|
KUALA LUMPUR 10 Jan. - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama syarikat pemaju perumahan, Tri-tas Timber Sdn. Bhd. bagi membangunkan projek perumahan belia melibatkan kos hampir RM1 bilion. Projek yang dijangka siap dalam masa dua tahun itu dilaksanakan bagi membolehkan lebih ramai golongan belia Melayu memiliki rumah di negara ini. Presiden Tri-tas Timber Sdn. Bhd., Datuk Nazrul Arshad berkata, fasa pertama projek tersebut akan melibatkan pembangunan 8,000 unit rumah di seluruh negara berharga RM78,800 seunit. "Sebanyak 20 daripada 200 unit yang akan didirikan di setiap daerah itu akan diperuntukkan kepada golongan miskin tegar yang pemilihannya akan ditentukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). "Kita memfokuskan kepada 40 daerah di Semenanjung terlebih dahulu yang projeknya akan disiapkan dalam tempoh dua tahun," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama media dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara GPMS dan Tri-tas Timber Sdn. Bhd. di sini malam ini. Hadir sama Presiden GPMS, Jais Abdul Karim dan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Firdaus Abdullah. Dalam pada itu Jais berkata, GPMS sedia membantu pelajar-pelajar Melayu yang disenaraihitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membuat rayuan kepada perbadanan itu. Menurutnya, mereka boleh menghubungi GPMS melalui talian 03.40439948, e-mel kepada Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya atau hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada 010.5431472. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my