• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Berita Harian
Kalimah Allah: Belia jangan ekstrem PDF Cetak E-mail
Monday, 11 January 2010

SEREMBAN 9 Jan. - Golongan belia di negeri ini dinasihat jangan bertindak secara ekstrem dalam berhadapan isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli yang kecewa dengan kejadian membakar gereja di Lembah Klang semalam berkata, tindakan itu tidak mencerminkan perpaduan kaum 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri.

''Kami berharap dan merayu kepada semua pihak terutamanya golongan belia di negeri ini agar tidak bertindak melulu dalam usaha mencari penyelesaian berhubung isu ini kerana ia boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

''Kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk mencari jalan dalam menyelesaikan isu kontroversi ini," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, campur tangan dan tindakan ganas yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan sekali gus memberi imej buruk kepada umat Islam di negara ini.

''Bertindak secara ganas tidak akan menyelesaikan masalah ini sebaliknya akan memburukkan lagi keadaan," ujarnya.

Sehubungan itu Wan Mohd. Fazamy berkata, beliau menyeru orang ramai menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin negara dan raja yang semakin risau berhubung isu tersebut.

Katanya, beliau berharap berharap pihak berkuasa dapat mengawal dan mempercepatkan proses penyelesaian isu itu demi memelihara perpaduan gagasan 1Malaysia yang diuar-uarkan.

Semalam, tiga buah gereja di Lembah Klang iaitu Gereja Metro Tarbenacle, Gereja Assumption dan Gereja Chapel dibaling dengan bom petrol.

Dalam kejadian itu hanya Gereja Metro Tarbenacle di Taman Desa Melawati yang terbakar.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my