| Ekspedisi 1Belia 1Malaysia pupuk semangat patriotisme |
|
|
|
| Tuesday, 29 December 2009 | |
|
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Sebanyak 30 kereta yang melibatkan 80 peserta terdiri daripada golongan belia dari seluruh negara menyertai Ekspedisi 1Belia 1Malaysia selama enam hari bermula hari ini. Ekspedisi anjuran Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Belia Malaysia (MBM) itu yang melibatkan 10 negeri bermula di Hotel Palace Of The Golden Horses di Seri Kembangan di sini dan akan berakhir di Lenggong, Perak. Ketua Ekspedisi, Hasmadi Md. Yatim berkata, program jelajah Malaysia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan belia terhadap gagasan kerajaan ke arah melahirkan generasi belia yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Katanya, setiap destinasi yang disinggahi turut diadakan pelbagai aktiviti bersama Majlis Belia Negeri di samping mempromosikan logo 1Belia 1Malaysia. "Kita akan melaksanakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang ekspedisi itu seperti acara sukaneka, pengedaran cenderahati, risalah, pelekat dan poster berkaitan belia. "Acara sambutan hanya diadakan di Semenanjung disebabkan faktor geografi menyukarkan kami ke Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis pelepasan konvoi itu yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Menurut Hasmadi, antara objektif lain ekspedisi itu adalah memberi pendidikan dan maklumat berguna kepada golongan belia melalui program yang dijalankan dan meningkatkan kesedaran pentingnya perpaduan di kalangan belia negara ini. "Diharapkan pendekatan dan pengisian yang digunakan ini dapat memberi makna kepada para peserta dan belia seluruh negara untuk menanam sifat jati diri, cinta pada negara dan bekerjasama ke arah melahirkan generasi muda 1Belia 1Malaysia," tambahnya. Katanya, ekspedisi itu akan berakhir di Lenggong 2 Januari ini selepas singgah di berapa destinasi utama seperti Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka; Kemaman, Terengganu; Tanjung Malim, Perak dan Kangar, Perlis. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my