Malay Mail | MBFM tubuh Majlis Permuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan |
|
|
|
| Tuesday, 15 December 2009 | |
|
RAUB 14 Dis. - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menubuhkan Majlis Permuafakatan Generasi Peneroka Kebangsaan (Muafakat) sebagai medium baru untuk menjaga kebajikan peneroka di negara ini. Yang Dipertua Muafakat, Datuk Abdullah Abu Bakar (gambar) berkata, organisasi yang ditubuhkan minggu lalu itu dianggotai oleh Jawatankuasa MBFM dan bekas pemimpin belia Felda yang berusia lebih 40 tahun. Katanya, mesyuarat khas di Sekretariat MBFM di Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur semalam mengiktiraf penubuhan Muafakat bagi memperjuangkan nasib peneroka di negara ini. ''Penubuhannya sejajar dengan Akta Pembangunan Belia 1997 bagi memberi peluang kepada bekas pemimpin belia mempunyai sebuah organisasi baru. ''Anggota Muafakat yang terdiri daripada bekas pemimpin belia Felda di peringkat kebangsaan, negeri, wilayah dan tanah rancangan layak menjadi ahli bagi memperjuangkan isu-isu relevan untuk masyarakat itu,'' katanya. Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan barisan Exco MBFM Pahang di sini hari ini. Hadir sama, Presiden MBFM, Datuk Ramli Ismail yang juga Penasihat Muafakat. Abdullah yang juga Timbalan Presiden MBFM berkata, Muafakat akan memainkan peranan sebagai sebuah organisasi yang menyuarakan pendapat dan kritikan demi kebaikan Felda. Katanya, Muafakat berikrar menjadi organisasi yang bertanggungjawab menyokong dasar kerajaan tetapi kritis terhadap sebarang projek yang bertentangan dengan kehendak majoriti rakyat. ''Muafakat bukannya badan yang cenderung kepada fahaman politik parti tertentu di negara ini,'' katanya. Bagaimanapun, tegasnya, Muafakat akan memastikan pemikiran generasi baru Felda tidak diracuni sehingga menyebabkan mereka tidak dapat melihat kebaikan Felda dan kerajaan. Dalam perkembangan lain, Ramli memberitahu, mesyuarat khas MBFM semalam turut melucutkan jawatan Exco yang dilantik bagi mengelakkan mereka menggunakan kedudukan itu untuk bertanding dalam pemilihan akhir tahun ini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my