• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Terkini arrow Tubuh jawatankuasa pantau aktiviti warga Afrika
Tubuh jawatankuasa pantau aktiviti warga Afrika PDF Cetak E-mail
Wednesday, 18 November 2009

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pelbagai pihak mencadangkan supaya pihak kolej dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bekerjasama dengan kerajaan memantau pergerakan warga Afrika yang menggunakan visa pelajar.

Pada masa sama, kerajaan digesa menguatkuasakan undang-undang ke atas warga Afrika yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau tinggal tanpa permit bagi membanteras gejala sosial.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Muhamad mencadangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membentuk jawatankuasa khas bagi memantau aktiviti warga Afrika di negara ini.

Menurutnya, sudah tiba masanya KDN menjalankan operasi pemutihan di kalangan warga Afrika khususnya pelajar IPTS yang permitnya sudah tamat tetapi masih tinggal di sini.

Mengenai 'budaya kasar' dan sikap tidak pedulikan orang sekeliling oleh warga Afrika di negara ini, beliau yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini berkata:

"Kementerian Pelancongan serta Kementerian Luar perlu meningkatkan usaha mempromosi dan menerangkan budaya serta pantang larang rakyat Malaysia kepada warga asing yang tinggal di sini."

Beliau mengulas mengenai kemasukan warga Afrika yang mendatangkan pelbagai masalah sosial selain meningkatkan kadar jenayah.

Menurut Syed Anuar, masalah yang ditimbulkan warga Afrika bukan sesuatu yang baru tetapi berlarutan sekian lama sehingga ramai anak gadis tempatan terlibat dalam sindiket pelacuran dan pengedaran dadah antarabangsa.

Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad pula berpendapat, kebanyakan warga Afrika di sini merasakan diri mereka Black American.

Justeru, katanya, ketinggian dan bentuk badan mereka yang sasa secara psikologinya menakutkan rakyat tempatan.

"Oleh kerana warga Afrika ini menganggap diri mereka setaraf orang kulit hitam dari Amerika Syarikat (AS), mereka merasakan rakyat tempatan perlu menghormati dan 'takut' kepada mereka," katanya.

Tambah Noor Sulastry, sesetengah mereka menampilkan diri seperti orang kaya untuk memukau gadis yang mementingkan kemewahan.

"Gadis yang mudah dipengaruhi dengan kata-kata manis akhirnya terjerumus ke dalam kancah pelacuran dan pengedaran dadah di dalam dan luar negara," jelasnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah, menggesa kerajaan bertindak tegas dan segera terhadap warga Afrika yang menyalah guna visa pelajar untuk kegiatan jenayah.

Katanya, pihaknya mendapati mereka menguasai beberapa tempat strategik di Jalan Chow Kit di ibu negara di samping gemar melepak di padang permainan kanak-kanak di kawasan perumahan.

"Kehadiran warga Afrika di padang permainan menimbulkan rasa kurang selesa kanak-kanak bermain di situ," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my