| Belia dinasihat jangan penuhi masa bersukaria |
|
|
|
| Wednesday, 04 November 2009 | |
|
MELAKA 11 Okt. - Golongan belia diingatkan supaya jangan hanya memenuhi masa muda dengan bersukaria sebaliknya mereka perlu tahu menghargai diri sendiri sebagai aset penting terhadap masa depan negara. Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Idris Haron berkata, golongan tersebut perlu mempunyai motivasi dan memberi tumpuan pada kemahiran hidup bagi menjamin masa depan mereka lebih terjamin. Menurutnya, penglibatan belia dengan pelbagai gejala sosial seperti penagihan najis dadah dan merempit motosikal di jalan raya wajar dihindarkan kerana mereka adalah aset penting kepada negara. ''Gejala sosial yang berlaku amat mendukacitakan dan MBM akan menjalankan pelbagai aktiviti berterusan bagi membimbing mereka menjadi golongan yang lebih bermakna kepada negara," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Klebang semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata, semua pihak iaitu persatuan belia daerah dan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memainkan peranan untuk memberi nasihat berguna kepada golongan tersebut bagi mencari kemajuan hidup yang lebih sempurna. Ujarnya, golongan belia juga perlu bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha memastikan mereka tidak lagi terbabit dengan pelbagai gejala sosial. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my