• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Terkini arrow Bakti Di Padang Diteruskan
Bakti Di Padang Diteruskan PDF Cetak E-mail
Friday, 30 October 2009

Walaupun kebanyakan pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa telah meninggalkan bumi Padang, namun ia tidak bermakna komitmen untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Padang seharusnya terhenti setakat di sini sahaja. Justeru pada 19 Oktober yang lalu, satu lagi pasukan misi bantuan yang dianggotai lima orang diketuai oleh Prof Madya Shahruddin Badaruddin, AJKP WADAH dan Sdr Akmal Hisham Abd Rahim, Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM, telah bertolak ke Padang.

Turut bersama ialah tiga orang wakil dari Majlis Belia Malaysia (MBM), dalam misi tersebut iaitu Setiausaha Agungnya, Sdr Tajuddin Ahmad, dan dua orang Naib Presiden MBM iaitu Sdr Azizuddin Ahmad dan Sdr Nasaruddin Ahmad. Berikut adalah catitan yang disediakan oleh wakil misi terbabit: Misi selamat tiba di lapangan terbang Padang pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dengan penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur.Misi disambut oleh wakil dari Dewan Dakwah Islamiyah Indonesisa (DDII) sebelum dibawa ke Pusat Koordinasi DDII di Yayasan Rumah Sakit Islam (YARSI). Selepas taklimat misi menuju ke Pariaman. Kebanyakan rumah sepanjang perjalanan ke Pariaman masih dalam keadaan teruk.
Sekolah telah dibuka semula namun kebanyakannya beroperasi di khemah-khemah. Dalam masa yang sama, banyak kedai serta premis perniagaan telah beroperasi semula seperti biasa.

Jam 12.30 kami tiba di Pusat Koordinasi GPM-DDII di Pariaman. Setelah mendengar taklimat dari Pak Sidek kami bersiap untuk menghantar Sembako.
SEMBAKO adalah akronim bagi Semibilan Bahan Keperluan Pokok iaitu beras, minyak masak, ikan kering, gula, tepung, serbuk teh,  garam dan beberapa barang keperluan lain.
Sumbangan Sembako dari MBM dan GPM kali ini di serahkan kepada penduduk di Dusun Kudu Ganting kira-kira 15 kilometer dari Pusat Koordinasi GPM-DDII di Pariaman. Menurut laporan, masyarkat di sini belum lagi menerima sebarang bantuan. 100 bungkus sembako di serahkan di sini. 50 bungkus lagi di serahkan kepada penduduk kampung Korong Palak Juha yang diterima oleh ketua kampung Bapak Alinusar.

Jam 4.30 ptg misi menyerahkan sembako sebanyak 50 bungkus lagi di kampung Tanjung. Di ketiga-tiga kampung, masjid juga turut musnah maka menyukarkan penduduk untuk mengerjakan solat berjemaah.Anggaran kos pembinaan semula setiap masjid ialah sekitar RM60 ribu. Justeru sebarang sumbangan untuk pembinaan masjid tersebut amat dialu-alukan.

*petikan dari http://www.abim.org.my/component/content/article/22-laporan-a-berita-abim/488-bakti-di-padang-diteruskan.html
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my