| Bantuan MBM naik RM1j |
|
|
|
| Friday, 23 October 2009 | |
|
PUTRAJAYA 22 Okt. - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memutuskan untuk meningkatkan bantuan kewangan pentadbiran untuk Majlis Belia Malaysia (MBM) daripada RM500,000 kepada RM1 juta setahun bermula tahun depan. Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, KBS turut menaikkan bantuan sama untuk majlis-majlis belia negeri dari RM20,000 kepada RM50,000 setahun mulai tahun depan. Menurutnya, usaha sedemikian dilakukan bagi memastikan urusan pentadbiran persatuan tidak menjejaskan aktiviti dan program belia di semua peringkat. ''Jangan anggap jumlah RM1 juta atau RM50,000 itu sesuatu yang besar tetapi bagi kami, ia untuk meringankan beban persatuan dalam melaksanakan urusan pentadbiran. ''Selain itu, ia juga sebagai satu proses pembelajaran kepada ahli jawatankuasa persatuan dalam menggunakan dana yang terhad untuk mengerakkan aktiviti persatuan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Tahun 2009/2010 di sini, hari ini. Turut hadir Presiden MBM, YB. Dato' Shamsul Anuar Hj. Nasarah serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Wee Jeck Seng. Sehubungan itu, Ahmad Shabery berkata, KBS akan melakukan pemantauan secara teliti terhadap penggunaan bantuan kewangan yang disalurkan itu. ''Ia wang rakyat dan untuk itu setiap persatuan belia yang menerimanya perlu bertanggungjawab dengan memastikan aktiviti dan programnya dapat memberi manfaat kepada belia di kawasan masing-masing," katanya. Dalam perkembangan lain, katanya, beliau telah mengarahkan pihak kementerian untuk menyediakan memorandum Kabinet mengenai cadangan mewujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Belia yang diketuai Timbalan Perdana Menteri. ''Saya harap kertas ini disegerakan seberapa yang boleh dan saya akan cuba sedaya upaya agar hasrat penubuhan itu menjadi realiti," katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my