| Sultan Selangor diminta campur tangan |
|
|
|
| Friday, 04 September 2009 | |
|
KUALA LUMPUR 1 Sept. - Sultan Selangor diminta supaya campur tangan dalam isu cadangan pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam berikutan kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu tersebut. Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki berkata, kontroversi tersebut jika dibiarkan berlarutan, dibimbangi bertukar menjadi isu perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara. Katanya, sudah tiba masanya Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan selaku penaung agama Islam dan adat istiadat negeri Selangor. ''Pendirian baginda penting supaya pertelingkahan pembinaan kuil tersebut tidak menjadi semakin keruh dan diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab,'' katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas bantahan pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam yang majoritinya penduduk beragama Islam. Ekoran pertikaian itu, Jumaat lalu, kira-kira 200 penduduknya mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan negeri sejurus selepas solat Jumaat dengan berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Mengulas lanjut, Ahmad Zaki menyifatkan kerajaan Selangor tidak matang mentadbir kerana melihat isu tersebut sebagai rumah ibadat semata-mata. ''Sedangkan isu berkenaan jika tidak ditangani dengan bijak akan mendatangkan implikasi buruk,'' jelasnya. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anwar Nasarah, juga berpendapat Sultan Selangor perlu campur tangan kerana kerajaan negeri masih bertindak berat sebelah dan tidak sensitif terhadap bantahan masyarakat Islam kawasan tersebut. 'Meminta campur tangan Sultan memang baik. Bagaimanapun akan dilihat tidak begitu adil melibatkan baginda dalam soal ini. Apatah lagi ia sudah dilihat ada unsur politik dalam isu ini.''Saya lihat Menteri Besar cuba cuci tangan dalam hal ini. Beliau dan seluruh Exco Selangor kena bertanggungjawab,'' katanya. Beliau berkata, kerajaan Selangor mesti membuat keputusan telus yang tidak ada kepentingan politik. ''Menteri Besar dan Exco kena segera turun padang berbincang dengan penduduk. Buat keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak demi keharmonian kawasan tersebut,'' jelasnya. Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar meminta penduduk terbabit tidak mengalah dalam mempertahankan hak mereka membantah pembinaan kuil tersebut. ''Mengikut Perlembagaan negara, Islam adalah agama rasmi negara ini. Agama lain boleh diamalkan selagi keamanan dan keharmonian terjamin. ''Bagaimana kuil boleh dibina jika penduduk Islam di kawasan berkenaan membantah. Tidak logik langsung. Kerajaan Selangor kena sensitif. Jangan membuat keputusan 'membuta tuli' semata-mata mahu meraih undi,'' tegas beliau. Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang menyifatkan kerajaan negeri Selangor bersikap angkuh kerana tidak peka terhadap bantahan masyarakat Islam kawasan terbabit. ''Jangan terus bersikap ego. Abdul Khalid kena berunding dan bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian tersebut. ''Ini isu rakyat bukan kepentingan individu. Jika sudah terlanjur balik semula ke pangkal jalan. Tarik balik keputusan pembinaan kuil tersebut,'' katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my