| MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGERI, N.SEMBILAN (SIDANG 1 /2009) |
|
|
|
| Friday, 21 August 2009 | |
|
Tarikh: 20 Ogos 2009 Tempat : Klana Resort, Seremban.
Majlis Belia N.Sembilan telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam usaha menggerakkan agenda halatujunya yang dilancarkan pada awal bulan lepas. Majlis Perundingan yang dipengerusikan oleh YB Tn. Abd. Samad Hj. Ibrahim selaku pengerusi jawatankuasa bertindak belia & sukan & pembangunan modal insane telah mencapai satu kata sepakat dan resolusi dalam mempereratkan hubungan dengan ahli majlis perundingan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam Negeri Sembilan. Pembentangan visi dan halatuju yang dibentangkan oleh Sdr, Jufitri Joha selaku Setiausaha Agung MBNNS telah membuka satu lembaran baru dengan memberi seluas-luas pemahaman dan ruang kerjasama antara MBNNS dengan badan-badan kerajaan. MBNNS yang merupakan antara badan belia peringkat negeri yang telah melaksanakan penguatkuasaan had umur dalam barisan jawatankuasanya, dilihat sebagi satu badan yang serius dalam memperjuangkan nasib golongan belia di Negeri Sembilan. Terdapat 7 agenda yang telah diwujudkan di mana masing-masing digubal dan digerakkan di bawah 7 jawatankuasa yang dipengerusikan oleh jawatankuasa MBNNS sendiri. Dalam perancangan tersebut semua agenda dibawah biro telah menyiapkan rangka program sehingga tahun 2010 mengikut kesesuaian agenda memperkasakan belia negeri ini.. YB Tn. Abd Samad telah meminta agar belia di bawah MBNNS dalm negeri ini terus
membantu kerajaan dalam menjayakan misi Nasional. Penambahbaikkan pertubuhan dan
penambahan keahlian harus diutamakan berikutan majority kependudukan negera ini
adalah terdiri dari golongan belia. Justeru itu golongan ini jugalah yang
menjadi focus kepada permasalahan social dan sebagainya. Tetapi kerajaan tidak
memandang ini sebagai masalah malah telah merangka sektor-sektor yang harus
diambil berat terutama usaha mendekatkan golongan pemimpin dengan golongan belia
dalam negeri ini. Beliau telah memperkenalkan system infoblasting dimana
pemimpin seperti YAB Menteri Besar Negeri Sembilan boleh berhubung terus dengan
ahli belia dalam negeri ini melalui database yang akan diwujudkan dibawah
seliaan secretariat belia N.Sembilan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di bawah pimpinan pengarahnya, En. Baharudin Jali optimis dengan perjalanan Majlis Perundingan kali ini. Perundingan kali ini beliau ibaratkan sebagai langkah yang sangat positif kepada usaha memperkasakan belia. Jabatan Belia negeri akan menjadi rakan kongsi yang saling berhubungan dan berdiskusi dalam menggerakkan dan memastikan halatuju yang dibentangkan dalam Majlis Perundingan penggal ini tercapai. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my