| SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK |
|
|
|
| Friday, 21 August 2009 | |
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam yang akan mula berpuasa pada 22 Ogos 2009 (Sabtu). Bersempena bulan yang penuh keberkatan dan rahmat ini, MBM menyeru agar seluruh belia yang beragama Islam dapat mengambil kesempatan ini untuk mengisi masa-masa yang ada untuk beramal. Ini kerana bulan Ramdhan ini merupakan bulan berganda iaitu setiap amalan yang baik akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Tetapi harus diingat dan dijauhi segala maksiat kerana ianya turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan telah dirantai oleh Allah. Ianya berlaku disebabkan jiwa dan hati kita telah sebati dengan amalan maksiat yang sering kita buat.Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan." Oleh itu, sempena dengan bulan penuh kesucian dan keberkatan ini, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengikis sifat-sifat buruk yang telah lama bersama kita dan gunakan masa ini untuk mendidikan kembali jiwa dan iman kita dengan berpuasa. Ini kerana dengan berpuasa, ianya akan dapat mendidik jiwa dan iman kita untuk menjauhkan segala amalan mungkar dan mendekatkan kita dengan Yang Maha Kuasa. Berpuasa juga bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah ianya juga dapat mencegah kita dari terjebak dengan maksiat dan Allah S.W.T amat menyintai orang-orang yang berpuasa kerana berpuasa ini merupakan jihad di sisi Nya. Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Berjihadlah
kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di
jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih
diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Dan, dengan kedatangan Ramadhan ini juga, diharap seluruh belia beragama Islam akan dapat mencapai cita-cita untuk meningkatkan amalan agar diampunkan seluruh dosa-dosa. Sabda Rasulullah saw: ”Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu." SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my