| 70 NGO berhimpun di PWTC |
|
|
|
| Tuesday, 11 August 2009 | |
|
Oleh UMAVATHI RAMAYAH Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kira-kira 500 wakil daripada 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bagi menyatakan sokongan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa. Mereka yang berhimpun selama dua jam bermula pukul 10 pagi di
pekarangan Menara Dato' Onn, bangunan itu, terdiri daripada para
pemimpin dan ahli UMNO di pelbagai peringkat yang mewakili
bahagian-bahagian parti di seluruh negara serta NGO. Antara NGO terlibat termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Gabungan Kelab Belia Malaysia (MAYC). Sebaik sahaja Muhyiddin tiba di pekarangan Menara Dato Onn, laungan 'Hidup Tan Sri Muhyiddin' bergema sebagai tanda sokongan kepada beliau. Selain itu, orang ramai yang berhimpun di situ juga melaungkan kata-kata berbentuk kecaman terhadap Anwar termasuk 'Jahanam Anwar Ibrahim'. Kumpulan tersebut turut dilihat membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis 'Teruskan perjuanganmu, GPMS sentiasa menyokong dan bersama Tan Sri' serta 1Malaysia memerlukan 'Pemimpin berani dan lantang seperti Tan Sri'. Muhyiddin yang meluangkan masa seketika sebelum menghadiri Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di situ turut bersalaman dengan mereka yang hadir. Salah seorang wakil NGO itu turut menyampaikan memorandum yang mewakili kesemua mereka di situ sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Usul memorandum itu turut mendesak Anwar dikenakan tindakan sewajarnya kerana menghina orang Melayu dan membelakangkan sejarah pembentukan negara Malaysia. Turut hadir memberi sokongan ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meluangkan masa kira-kira 10 minit di situ. Naib Presiden GPMS, Jais Abdul Karim berkata, pihaknya menggesa agar ketua pembangkang itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Negeri (ISA) kerana boleh mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia. Katanya, Anwar secara terang-terangan menentang dasar-dasar yang
melibatkan kepentingan orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tambahnya, selain itu, kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut yang berjanji akan memberi hak sama rata kepada semua bangsa jelas memperlihatkan betapa rakusnya Anwar. "Walhal sejarah dan perlembagaan negara telah terbukti akan hak-hak
dan kepentingan orang Melayu dan bumiputera yang harus dijaga dan
dipelihara," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya lagi, tindakan Anwar yang berulang kali menyatakan perkara tersebut mengundang rasa tidak puas hati orang Melayu dan mampu mengugat keselamatan negara secara keseluruhan. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my