| MBM kesal atas penganjuran perhimpunan haram |
|
|
|
| Monday, 03 August 2009 | |
|
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk sekeras-kerasnya di atas penganjuran perhimpunan haram bagi memansuhkan ISA yang diadakan pada Sabtu yang lalu. Perhimpunan haram tersebut ternyata telah memberi kesan yang buruk kepada bukan sahaja kepada imej negara, malah turut memberi kesan secara langsung kepada masyarakat.
MBM mahu kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap penganjur perhimpunan ini serta mereka yang terlibat dengan undang-undang yang sedia ada dan mengenakan hukuman yang berat jika didapati bersalah. MBM amat kesal kerana dalam perhimpunan tersebut, ramai belia dan remaja turut sama terlibat sedangkan mereka ini hanyalah menjadi pengikut tanpa mengetahui objektif yang jelas. Mereka ini menjadi kuda tunggangan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat yang tertentu yang tentu sahaja bertujuan untuk menggugat keharmonian negara. MBM berpendapat bahawa, penganjuran sesuatu perhimpunan secara haram bukanlah jalan yang terbaik untuk menyatakan pendirian mengenai sesuatu. Kita sebagai warganegara yang mempunyai tatasusila yang tinggi seharusnya menggunakan saluran yang sepatutnya seperti melalui Parlimen, dan bukannya melalui tindakan samseng di jalanan. MBM sekali lagi menyeru, kepada seluruh warganegara Malaysia khususnya golongan belia agar menjauhkan diri dari sebarang perhimpunan haram pada masa akan datang. Ini kerana, perhimpunan tersebut bukan sahaja tidak memberi makna dan kebaikkan kepada mereka, malah akan merugikan mereka sendiri. Gunalah akal fikiran yang waras sebelum mengambil tindakan dan jangan biarkan diri terjebak dengan sebarang perhimpunan haram. Salam ikhlas Tajudin Ahmad Setiausha Agung |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my