| BENGKEL KAJIAN PERTUBUHAN PERSATUAN BELIA |
|
|
|
| Monday, 20 July 2009 | |
![]() Kuala Lumpur 19 Julai: Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Bengkel Kajian Pertubuhan Persatuan Belia Zon Selatan di Langkawi Seaview Hotel, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman pada 17 hingga 19 Julai 2009. Seramai 80 peserta telah hadir terdiri daripada pemimpin belia peringkat negeri dan daerah serta pemimpin-pemimpin peringkat umbi yang bergabung dengan 3 majlis belia negeri iaitu Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Gabungan Belia Melaka dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Bengkel ini diadakan bertujuan mengenalpasti permasaalahan dalam pengurusan persatuan belia dan mencari indikator yang bersesuaian untuk mengatasi masalah pengurusan persatuan belia. Antara objektif bengkel ialah untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan persatuan belia selaras dengan kehendak semasa serta memberi kemahiran berorganisasi dan teknik memimpin kepada belia-belia di semua peringkat untuk menjadi pemimpin persatuan yang berkesan dan mengerakkan semula sebahagian persatuan belia yang tidak aktif bagi menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan, patriotisme dan pengukuhan nilai-nilai murni. Seramai 3 orang ahli panel telah diundang membentangkan kertas kerja. Antara tajuk dan pembentang ialah ”Hala Tuju dan Cabaran Persatuan Belia” oleh Ybrs. Dr. Ismi Arif Ismail, Universiti Putra Malaysia ”Mengupayakan Persatuan Belia” oleh YBrs. Tn. Hj. Rosli Saad, Pendaftar Pertubuhan Persatuan Belia (ROY) dan ”Pengurusan Organisasi Persatuan Belia Belia” oleh Sdr Azizuddin Ahmad, Naib Presiden MBM. Pihak penganjur juga mengadakan sesi bengkel dan perbincangan mengenai isu dan permasalah persatuan belia serta cadangan untuk memajukan dan mengupayakan persatuan belia di semua peringkat. Antara isu dan permasalah yang dibincangkan ialah kemudahan serta peralatan, Gaya pengurusan serta kepimpinan, penyertaan ahli dalam aktiviti persatuan dan kewangan. Majlis Perasmian telah dilakukan oleh YB. Sdr. Mohd Rawi Ab. Hamid, ADUN Air Hangat, Langkawi dan majlis penutup oleh YBhg. Datuk Prof. Madya Abd. Halim Sidek Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my