Pengumuman
Tahniah dan Syabas PM | Tahniah dan Syabas PM |
|
|
|
| Friday, 10 July 2009 | |
|
Sepanjang 100 hari ini, MBM melihat YAB. Dato Sri Perdana Menteri telah berjaya mentadbir dan mengurus Negara dengan amat baik sekali. MBM juga merasa bangga dengan beberapa perubahan dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh YAB. Dato Sri. Antaranya ialah pembaharuan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dengan memperkenalkan Konsep 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Beberapa langkah lain turut dilaksanakan antaranya menjalankan kajian terperinci mengenai isu kenaikan tol yang begitu membebankan rakyat dan Memperkenalkan Biasiswa Nasional yang dikhususkan kepada para pelajar yang paling cemerlang di negara ini tanpa mengira kaum. YAB. Dato Sri juga turut mengutamakan kepentingan ekonomi dan kewangan Negara antaranya dengan melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan dan Melancarkan Felda Global Ventures Holdings (Felda Global) ke arah menjadikan Felda sebagai sebuah syarikat multinasional dalam bidang multi-crop di peringkat antarabangsa. Beliau juga turut menekankan kepentingan hak asasi dan kebebasan media dengan membebaskan 13 tahanan ISA pada hari menyampaikan ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri serta menarik balik penggantungan penerbitan akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan. Beberapa langkah lain turut dibuat selarasa dengan kepentingan ini seperti m.edia diberi kebebasan membuat liputan tetapi hendaklah adil dan bertanggungjawab. YAB Dato’ Sri juga amat mengutamakan pemodenan dan peningkatan kualiti Perkhidmatan Awam dengan membuat beberapa perubahan seperti memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk semua menteri, timbalan menteri dan semua sektor kerajaan, modenisasi perkhidmatan awam dengan melaksanakan dasar pintu terbuka, multi point entry dan cross fertilization bagi membolehkan lebih ramai tenaga kerja terbaik di sektor swasta dapat diserap dalam perkhidmatan awam. Kakitangan kerajaan juga dibenarkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka dengan mendapat latihan bekerja di GLC serta Anggota awam kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dalam gred lantikan akan dinaikkan pangkat (176,066 orang). Dari segi politik dan social pula, beliau turut mengarahkan kajian dilakukan ke atas perlembagaan UMNO dan sistem pemilihan parti supaya lebih ramai ahli terlibat dalam urusan pemilihan pucuk pimpinan sekali gus dapat membendung gejala politik wang dan menjadikan tanah rancangan Felda di seluruh negara sebagai Gedung Makanan Negara serta mengkaji penubuhan skim pencen pekerja swasta dan tabung pemberhentian pekerja bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan. YAB. Dato’ Sri Mohd Najib juga turut mengadakan kunjungan ke Negara China dan beberapa Negara jiran bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Negara. Dan akhir sekali pentadbiran beliau juga telah memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang sekian lama tertangguh disebabkan beberapa isu. Akhir kata, MBM mendoakan agar YAB. Dato’ Sri Mohd Najib akan berjaya dalam setiap misi pembaharuan ini. Tahniah Dato’ Sri. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my