| Air, elektrik institusi kebajikan patut percuma |
|
|
|
| Friday, 29 May 2009 | |
|
KUALA LUMPUR 27 Mei - Institusi-institusi kebajikan yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini sepatutnya diberi kemudahan bekalan air dan elektrik secara percuma. Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kemudahan seumpama itu akan meringankan beban kewangan NGO yang mengendalikan institusi-institusi kebajikan di negara ini. ''Syarikat terbabit patut sedar bahawa membantu pusat-pusat kebajikan adalah tugas bersama. ''Membekalkan air dan elektrik secara percuma adalah tanggungjawab sosial syarikat-syarikat berkaitan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai masalah kewangan Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE) Cheras Baru gara-gara kelewatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan kewangan kepada pusat tersebut. Bantuan kewangan berjumlah RM33,000 setahun masih belum diterima oleh PJHWE tersebut sehingga hari ini. Kelewatan tersebut menyebabkan pengurusan PJHWE berdepan dengan amaran pemotongan bekalan air dan elektrik kerana gagal menjelaskan bil-bil tertunggak. Penyelaras PJHWE, Datuk Nordin Ibrahim berkata, jumlah bil air yang perlu dibayar adalah RM2,740.42 manakala tunggakan bil elektrik pula RM611.02 sen. Mengulas lanjut isu tersebut, Mohd. Firdaus berkata, sumbangan syarikat-syarikat korporat akan menjadi rangsangan kepada NGO untuk terus berbakti membantu golongan yang memerlukan. ''Lagi pun syarikat terbabit boleh mendapat pengecualian cukai jika menyumbang kepada institusi kebajikan,'' jelasnya. Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah juga berpendapat institusi kebajikan di negara ini sewajarnya menikmati bekalan air dan elektrik secara percuma. Katanya, sepatutnya tidak ada masalah untuk membekalkan kemudahan asas itu kerana syarikat-syarikat tersebut mengaut untung berjuta-juta ringgit setahun. ''Membantu rumah-rumah kebajikan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi juga pihak swasta. ''Jika langkah itu dilaksanakan nasib golongan yang daif dan melarat di negara ini akan lebih terbela,'' katanya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my