Links | Dewan Tertinggi Belia NS akan diwujudkan |
|
|
|
| Monday, 25 May 2009 | |
|
SEREMBAN 24 Mei - Dewan Tertinggi Belia Negeri Sembilan yang dicadangkan penubuhannya akan berperanan sebagai 'perancang' yang berkeupayaan menggerakkan aktiviti belia di negeri ini secara lebih tersusun. Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS), Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli berkata, dewan berkenaan akan dianggotai oleh kesemua pengerusi persatuan belia di negeri ini untuk memberikan idea dan pandangan cara terbaik memperkasakan belia. ''Kesemua 23 pengerusi dalam gabungan MBNS akan duduk dalam Dewan Tertinggi itu, bersama-sama mengemukakan idea, pandangan dan gerak kerja dalam memastikan hala tuju yang sebenar," katanya sebaik dipilih sebagai Presiden MBNS pada Mesyuarat Agung MBNS ke-38 di Klana Resort di sini hari ini. Beliau menggantikan Khaidir Jamal yang telah mencecah usia 40 tahun. Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Baharudin Jali dan 128 perwakilan daripada 23 ahli gabungan MBNS. Kata Wan Mohd. Fazamy, selain perkara itu juga beliau turut mencadangkan diwujudkan Majlis Presiden yang dianggotai oleh bekas Presiden dan Timbalan Presiden yang bertindak sebagai penasihat kepada MBNS. ''Tenaga dan idea, serta nasihat daripada bekas Presiden dan Timbalan Presiden ini penting untuk memastikan perjuangan terdahulu disambung dengan baik dan pada masa yang sama penambahbaikan akan dilakukan oleh kepimpinan sekarang," tegasnya. Pada masa yang sama juga, Wan Mohd. Fazamy berkata, angka semasa yang mencatatkan cuma sekitar 10 peratus belia di negeri ini berpersatuan akan dipertingkatkan kepada 60 peratus seperti disarankan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. ''Belia berhadapan cabaran besar dan sering dituduh membawa masalah dalam masyarakat. Kita sedar perkembangan itu dan benarlah kajian yang kita buat menunjukkan belia berpersatuan tidak berhadapan masalah. ''MBNS akan memperbetulkan 'kelonggaran' dalam aktiviti dan memberi fokus yang betul dalam usaha penambahbaikan. ''Kita akan menambah ahli dan pada masa sama 23 ahli gabungan akan bersama-sama menggerakkan aktiviti tanpa henti secara 'rali' bagi memastikan belia tanpa arah tuju ini mendapat manfaat sepanjang masa," katanya. Wan Mohd. Fazamy juga menjelaskan sistem penyampaian akan diperkemaskan dan pada masa yang sama menjalinkan hubungan erat dengan pihak media supaya saluran maklumat aktiviti dapat diketahui sehingga ke peringkat akar umbi. Pada mesyuarat agung yang berlangsung hari ini, MBNS mencipta sejarah apabila semua jawatan itu telah dimenangi sebulat suara tanpa sebarang pertandingan. (Buat grafik) AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA NEGERI SEMBILAN 2009-2011 Pengerusi Tetap: Md. Izzuddin Mohd. Shah Timbalan Pengerusi Tetap: Mohd. Kamarul Ariffin Mohd. Wafa Presiden: Wan Mohd. Fazamy Azwandy Mohd. Razalli Timbalan Presiden: Khairolnezam Shaari Naib Presiden: Wan Salwati Abdullah, Murali Kuppan, Nor Azamir Alias, Azizan Saad, Azizulhakim Azizan, Chua Chia Pin Setiausaha: Jufitri Joha Bendahari: Shabaruddin Ani Jawatankuasa: Norazliana Nadri, Poon Foon Teen, See Toh Shan Yuen, Mohd. Zaini Abu, Ganesan Palaniappan, Fadhil Abdul Azis, Woon Chee Yong, Mahadzir Mustapa, Azaham Abara Ahmad, Adha Fikris Mokhtar. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my