• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Terkini arrow Agenda pembangunan belia terus diperkasa: Muhyiddin
Agenda pembangunan belia terus diperkasa: Muhyiddin PDF Cetak E-mail
Tuesday, 19 May 2009
Active ImageOleh Amirullah Andi Nur dan Nasir Abd Wahab
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

Kerajaan sedia guna segala sumber bebas kemelesetan ekonomi

MELAKA: Kerajaan akan terus memperkasakan agenda pembangunan belia dan bersedia menggunakan segala sumber yang ada dengan berkesan bagi membangunkan belia di negara ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, harapannya dalam masa terdekat, setiap belia akan bebas dari segala cengkaman kemelesetan ekonomi dan seterusnya dapat bersama dengan kerajaan merencana agenda menobatkan negara di persada dunia berteraskan konsep  1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

Berucap merasmikan Perhimpunan Hari Belia Negara 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, dekat sini, semalam, beliau turut memberi jaminan, suara golongan berkenaan akan terus didengar dan diiktiraf kerajaan.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersama kerajaan Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) itu dihadiri kira-kira 15,000 pemimpin dan wakil belia dari seluruh negara.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Presiden MBM, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Muhyiddin turut meminta belia negara ini berusaha mencari persamaan dan mengelak perbezaan serta menterjemahkan tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan.

"Dalam membentuk 1Belia, 1Malaysia, belia perlu bersama kerajaan dalam memastikan masyarakat tidak mudah hilang pertimbangan dan membenarkan emosi menguasai diri mereka. Kita tidak boleh beranggapan perpaduan negara kita sudah mantap dan menyebabkan kita tidak perlu berusaha mempertingkatkannya lagi," katanya. Sementara itu, pada sidang media, Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) akan menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan berhubung krisis politik di Perak sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

Sekarang ini (krisis politik di Perak) masih di mahkamah. Masih ada kes rayuan dan pendengaran ditetapkan oleh mahkamah. Jadi saya fikir elok kita tunggu... kita tak boleh jangka kerana ini soal perundangan dan Perlembagaan," katanya.

Muhyiddin yang Timbalan Pengerusi BN tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat tidak berminat mengadakan rundingan bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak, apabila mahu isu itu diselesaikan oleh rakyat menerusi pilihan raya.

"Kerajaan mempunyai pendirian sendiri berhubung cadangan perundingan itu dan terpulang kepada mereka menyambut cadangan berkenaan. Bagaimanapun dari percakapan mereka, saya nampak mereka macam tak berminat," katanya mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Sebelum itu, ketika ditemui selepas solat Jumaat di Taman Bukit Rambai, dekat sini, Muhyiddin berkata, situasi politik yang tidak menentu di Perak boleh menjejaskan usaha kerajaan memulihkan ekonomi dan berharap masalah itu dapat diselesaikan segera supaya tidak menjejaskan kehidupan rakyat.

Muhyiddin berkata, kerajaan prihatin dengan nasib rakyat susulan ekonomi dunia tidak stabil, khususnya golongan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka yang sebelum ini pernah hidup miskin tidak kembali kepada kehidupan itu.

Mengulas mengenai isu membabitkan Parti Progresif Rakyat (PPP) yang kemungkinan berdepan pembatalan pendaftaran selepas dikatakan gagal menghantar laporan mesyuarat sejak 2002, Muhyiddin berkata, kepemimpinan parti berkenaan seharusnya bertindak segera menyelesai-kannya.

"Kita harap kepemimpinan tertinggi parti itu bertindak segera berjumpa dengan Pendaftar Pertubuhan. Kalau ada masalah, mungkin masalah kecil, ia mungkin boleh pertimbangkan. Kita mahu PPP kekal dalam BN. Jadi terserahlah kepada parti itu mengambil tindakan menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my