Kenyataan Akhbar
MBM MAHU STESEN TELEVISYEN SINGAPURA MOHON MAAF SECARA TERBUKA | MBM MAHU STESEN TELEVISYEN SINGAPURA MOHON MAAF SECARA TERBUKA |
|
|
|
| Friday, 13 February 2009 | |
|
KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA MBM MAHU STESEN TELEVISYEN SINGAPURA MOHON MAAF SECARA TERBUKA Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sebuah stesen televisyen Singapura yang telah menyiarkan sebuah rancangan televisyen yang boleh memburukkan imej Malaysia di mata rakyatnya baru-baru ini. Rancangan tersebut yang menyiarkan laporan berat sebelah tentang pembubaran kerajaan Negeri Perak di bawah Pakatan Rakyat dan demostrasi oleh rakyat yang menentang pembentukan kerajaan baru di negeri tersebut. MBM mahu stesen televisyen tersebut menarik balik laporan tersebut dengan meminta maaf secara terbuka kerana ianya bukan sahaja telah melaporkan fakta yang kurang tepat, malah lebih buruk lagi ianya telah menggambarkan Malaysia kini berada dalam huru-hara dan kacau bilau dan tidak selamat untuk dikunjungi. MBM juga mahu kerajaan Singapura menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang perlu bagi mengelakkan perkara ini daripada berulang kembali bagi mengelakkan perasaan kurang senang antara negara-negara Asean. MBM tidak mahu perkara yang sebegini berlaku kerana ianya boleh memburukkan hubungan antara Malaysia – Singapura yang telah banyak diuji dengan pelbagai konflik sebelum ini. MBM yakin, laporan tersebut boleh memberi kesan kepada industri pelancongan dan ianya akan memberi imej yang buruk di mata pelabur-pelabur luar yang berminat untuk melabur di Malaysia. Gambaran yang berat sebelah dan kurang tepat itu juga mencerminkan ketidakstabilan ekonomi dan politik di Malaysia yang boleh memberi kesan kepada ekonomi Negara sedangkan Malaysia merupakan di antara Negara-negara di dunia yang masih teguh dari segi kekuatan ekonomi dan politiknya. Lebih menyakitkan lagi, dalam laporan tersebut menggambarkan Sultan Perak sebagai raja yang tidak adil dan tindakan baginda adalah salah di sisi undang-undang. Dengan adanya laporan sedemikian, Malaysia akan dilabelkan sebagai Negara yang tidak mengamalkan Perlembagaan secara telus dan ini akan memberi imej buruk kepada institusi beraja di Malaysia. Sekian. Terima kasih. MENGGERAK BELIA MALAYSIA TAJUDIN AHMAD Setiausaha Agung Bertarikh: 12 Februari 2009 |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my