Kenyataan Akhbar
MBM akan lancar DERMA DARI RAKYAT | MBM akan lancar DERMA DARI RAKYAT |
|
|
|
| Tuesday, 10 February 2009 | |
|
KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA MBM akan lancar DERMA DARI RAKYAT dan mengutuk kenyataan biadap Karpal Singh serta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Majlis
Belia Malaysia (MBM) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan biadap Pengerusi DAP,
Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak serta kebiadapan Datuk Seri
Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Sultan Perak. Bagi
menyatakan sokongan MBM kepada Sultan Perak, MBM akan melancarkan DERMA DARI RAKYAT jika Karpal Singh
masih mahu meneruskan niatnya untuk menyaman Sultan Perak. DERMA DARI RAKYAT ini
bertujuan mengumpulkan sokongan dan wang tunai bagi menanggung kos pembelaan
terhadap Sultan Perak di mahkamah nanti. MBM
juga amat kesal kerana Pakatan Rakyat telah mengajar serta mendidik warga belia
untuk menghina serta membenci raja-raja Melayu yang merupakan tonggak Kerajaan Berpelembagaan. Generasi muda
seharusnya sedar bahawa nilai dan cara yang dipergunakan oleh Pakatan Rakyat
dalam mencapai niat mereka adalah tidak sesuai dengan masyarakat Negara ini.
Budaya demostrasi melampau yang ditonjolkan oleh mereka bukanlah amalan terbaik
bagi kita. MBM
juga berpendirian bahawa gelaran yang dianugerahkan kepada bekas Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta bekas exco kanannya yang
telah ingkar dan menderhaka kepada Sulan Perak ditarik balik dengan serta
merta. Gelaran tersebut hanyalah layak untuk rakyat yang setia kepada rajanya
sahaja. MBM
mendesak kerajaan menggunakan
undang-undang sedia ada terutamanya ISA untuk mengheret sesiapa sahaja termasuk pemimpin tertentu yang menimbulkan
suasana tidak tenteram kepada rakyat melalui kenyataan-kenyataan yang telah
dikeluarkan umpamanya kenyataan oleh Karpal Singh. Kenyataan tersebut yang
berbau ugutan tidak seharusnya dikeluarkan oleh rakyat MBM
juga menyeru agar seluruh warga belia tanpa mengira kepercayaan dan kaum agar
bangkit menentang kebiadapan terhadap sultan dan menyatakan pendirian serta
sokongan dan kesetiaan kepada raja-raja di MBM
juga mahu warga belia tidak mudah
terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh individu-individu
yang mempunyai kepentingan sendiri yang disebarkan melalui sistem pesanan
ringkas (sms), blog-blog serta media Sekian.
Terima kasih. MENGGERAK BELIA MALAYSIA DATO SHAMSUL ANUAR HJ. NASARAH Presiden Bertarikh:
9 Februari 2009 |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my