Kenyataan Akhbar
Malam Alumni MBM | Malam Alumni MBM |
|
|
|
| Tuesday, 03 February 2009 | |
|
SIDANG AKHBAR YB DATO’ SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH PRESIDEN, MAJLIS BELIA MALAM ALUMNI MAJLIS BELIA MALAYSIA DAN PELANCARAN PERTUBUHAN ALUMNI MBM OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 29 Januari 2009 (Khamis) Sekretariat Majlis Belia Malaysia Kuala Lumpur Sesebuah kerajaan yang mantap
memerlukan pemimpin berwibawa dan boleh mencorakkan negara ke arah pembangunan
yang seimbang. Oleh itu, golongan belia menjadi sasaran utama bagi sesebuah
negara untuk mencapai matlamat tersebut kerana belia mempunyai peranan yang
amat strategik dalam pembangunan negara. Belia mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan kesinambungan kepemimpinan, pembangunan dan kecemerlangan negara
yang lebih gemilang dalam merealisasikan Wawasan 2020. Dengan itu, kerajaan telah melantik
pemimpin belia yang berwibawa untuk memikul tanggungjawab bagi mewakili
golongan belia. Mereka berperanan menjadi orang tengah kepada generasi muda
untuk menyampaikan perkara-perkara yang diperlukan belia kepada pihak kerajaan. YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam,
YB Dato’ Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, YB Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo,
YB Dato’ Hasan Malek, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, YB Datuk Hj Idris Haron,
adalah antara nama-nama besar pemimpin belia yang memimpin negara hari ini. Justeru itu, Majlis Belia Malaysia
mengambil inisiatif mengadakan MALAM ALUMNI
MAJLIS BELIA MALAYSIA yang akan menghimpunkan
buat pertama kalinya bekas dan pemimpin belia sejak 1948 sehingga sekarang dari
pelbagai peringkat. Serentak dengan itu juga akan dilaksanakan Pelancaran Penubuhan ALUMNI MBM serta Pelancaran BUKU Sejarah MBM :
1948-2008. Majlis pada 7 MAC 2009 (SABTU) Jam 8.00 malam di Kuala Lumpur
Convention Centre, Kuala Lumpur ini akan dihadiri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini juga akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara, aktivis belia
dan individu-individu yang telah banyak menyumbang jasa dan tenaga kepada
pembangunan belia negara. Tahun 2009
juga membawa wajah baru kepada keseluruhan lanskap pertubuhan belia
memandangkan pada tahun ini Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia akan
dikuatkuasakan yang mensyaratkan had umur kepimpinan belia kepada 40 tahun. Dengan terlaksananya akta ini, penyerahan kepimpinan harus berjalan lancar
seterusnya menyediakan barisan pelapis yang mantap serta mampu menyerap segala
bentuk cabaran dan halangan bagi memastikan suara belia terus mendapat
perhatian kerajaan. Di sinilah peranan dan kekuatan MBM dilihat terus relevan dalam menyatukan
golongan belia negara ini dari pelbagai kaum dan latarbelakang seterusnya diangkat
martabatnya sebagai badan yang mampu memupuk perpaduan, kesejahteraan dan
keharmonian di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, MBM juga terus memainkan
peranan utamanya sebagai kilang melahirkan pemimpin-pemimpin negara. Antara objektif penubuhan Alumni MBM ini adalah untuk melahirkan
pemimpin belia yang berwibawa dan mampu membimbing generasi muda ke arah
pembangunan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, fizikal dan mental. Selain itu, membentuk pemimpin belia
yang saling bekerjasama dan menjadi “role
model” kepada generasi muda. Hal ini kerana sumbangan khidmat generasi
belia menjadi lebih berkesan jika dilaksanakan secara berkumpulan dan sikap
kerjasama menjadi tunjang pembangunan belia. Lebih dari itu, Penubuhan Alumni MBM ini bertindak sebagai penasihat dan
rujukan bagi kepimpinan generasi baru MBM. Inilah tempatnya bekas pemimpin
belia memainkan peranan mereka dan tidak wajar disisihkan begitu sahaja. MBM
sentiasa bersiap sedia menggembleng seluruh tenaga belia untuk bersama-sama
dengan barisan kepimpinan negara dalam usaha memacu Malaysia ke arah yang lebih
cemerlang. Tanggungjawab memastikan negar aterus maju adalah terletak di bahu
generasi muda. Sesungguhnya sebagai pewaris masa depan negara, generasi muda
tanpa bimbingan yang jitu dan haluan masa depan yang berwawasan tidak akan
dapat meneruskan amanah yang diberi. Sekian,
terima kasih. DATO’ SHAMSUL ANUAR HJ NASARAH Presiden Majlis Belia Malaysia Bertarikh : 29 Januari 2009 |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my