• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow MBS MENYOKONG USUL PARLIMEN MENGECAM SERANGAN ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN DI GAZA
MBS MENYOKONG USUL PARLIMEN MENGECAM SERANGAN ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN DI GAZA PDF Cetak E-mail
Wednesday, 14 January 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Belia Sabah (MBS)

MBS MENYOKONG USUL PARLIMEN MENGECAM SERANGAN ISRAEL TERHADAP RAKYAT PALESTIN DI GAZA

1. Majlis Belia Sabah (MBS) amat memuji kesepakatan ahli-ahli Parlimen Malaysia dalam usul mengecam serangan Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kelmarin. Kekejaman regim Israel ke atas rakyat Palestin sememangnya amat tidak berperikemanusiaan dan label sebagai Pengganas Bersiri oleh Timbalan Perdana Menteri adalah amat tepat sekali. MBS meminta agar agenda Bertindak untuk merancang dan melaksanakan usul tersebut dibuat dengan kadar segera untuk membantu rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan penghapusan generasi (Generation Cleanshing).

2. MBS amat mengagumi kesungguhan ahli-ahli Parlimen dalam membahaskan isu antarabangsa ini dan menjadi contoh yang baik kepada warga belia agar  bersatu dalam menangani isu kemanusiaan seperti ini. MBS berharap agar konsep permuafakatan ini dapat diteruskan dalam menangani isu-isu didalam negara yang sedang mengakar dalam masyarakat terutama belia seperti isu gejala sosial. Isu ini jika tidak di tangani dengan penuh muafakat dan bijaksana akan juga menghapus jatidiri para belia yang sepatutnya bakal generasi pewaris masa depan.

3. Majlis Belia Sabah juga menyeru kepada semua belia agar dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa semasa ini. Pimpinan Zionis dan sekutunya ini menggambarkan kepada kita tentang watak-watak manusia yang angkuh dan sombong yang tidak mempedulikan langsung suara masyarakat antarabangsa. Mereka seakan-akan lupa bahawa mereka juga adalah manusia yang berdepan dengan masyarakat manusia yang tidak akan melupai keganasan yang mereka lakukan dan nasib yang sama bakal menimpa generasi mereka dimasa depan.

4. Majlis Belia Sabah ingin menekankan bahawa kewujudan watak-watak ini dalam kalangan masyarakat akan memusnahkan perpaduan yang telah terbina selama ini. Para pimpinan belia terutamanya perlu memastikan warisan perpaduan ini akan dapat diwariskan kepada generasi masa depan. Jika tidak, watak-watak manusia angkuh dan sombong akan muncul pada suatu ketika dan pastinya akan melakukan keganasan menindas kaum yang lain dan mengulangi peristiwa semasa ini di Negara kita.

 5. Semoga isu menyayat hati ini akan memberi pengajaran kepada kita semua agar mempertahankan keharmonian dan perpaduan bermasyarakat yang sedang kita nikmati ketika ini.

Di keluarkan oleh:

Mustapha Bin Haji Sakmud

Presiden Majlis Belia Sabah

13 Jan 2009.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my