• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow MBM MAHU KERAJAAN BEKUKAN SEGERA PENGAMBILAN PEKERJA ASING
MBM MAHU KERAJAAN BEKUKAN SEGERA PENGAMBILAN PEKERJA ASING PDF Cetak E-mail
Thursday, 18 December 2008

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MBM MAHU KERAJAAN BEKUKAN SEGERA PENGAMBILAN PEKERJA ASING

 

Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan sebuah badan induk kepada 40 buah pertubuhan utama di Malaysia menyokong penuh usaha kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk membekukan sementara pengambilan pekerja asing untuk semua sektor di Negara ini sebagai langkah untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia.

 

MBM amat terkejut dengan laporan yang disiarkan dalam media bahawa setiap bulan hampir 3000 penganggur berdaftar dengan kementerian berkenaan. MBM yakin, kadar pengangguran ini akan terus meningkat disebabkan kesan ekonomi global yang dialami di seluruh dunia.

 

Langkah kementerian untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing itu bukan sahaja boleh memberi ruang kepada belia tempatan untuk merebut peluang kerja tetapi ianya juga boleh mengurangkan kadar gejala sosial dalam masyarakat kita ini.

MBM memuji langkah yang diambil oleh Jabatan Tenaga Rakyat dengan mengadakan saluran pendaftaran secara online tetapi MBM merasakan langkah itu masih lagi tidak dapat membantu rakyat yang menganggur terutamanya mereka yang tiada kemudahan internet. Masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak mengetahui fungsi Jabatan Tenaga Rakyat dalam membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan. MBM mahu jabatan ini menggunakan saluran media untuk mempromosikan peranan serta fungsi jabatan kepada masyarakat.

 

MBM juga turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa kesatuan dan NGO agar pekerja-pekerja asing yang telah tamat kontrak mereka dihantar pulang dengan segera tanpa perlu disambung perkhidmatan mereka.

 

Jika langkah ini tidak diambil dengan segera, MBM percaya Negara akan menghadapi masalah kadar pengangguran yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia dan ini akan menyumbang kepada masalah sosial dalam masyarakat. Keadaan ini akan menjadi bertambah buruk ekoran lebihan pekerja asing dalam Negara yang sudah tamat kontrak tetapi masih lagi menetap di sini. Oleh itu, MBM mahu Kementerian Sumber Manusia berkerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan dan mengenalpasti pekerja asing ini yang semakin bermaharajalela di Negara ini bagaikan Negara mereka sendiri.

 

Kini, kekayaan Negara sedang dialir keluar melalui 2.1 juta pekerja asing dan MBM pasti jumlah itu sebenarnya kurang berbanding dengan jumlah sebenar pendatang asing dalam Negara ini. Jika kerajaan mengambil langkah itu dengan segera, ianya akan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang Negara. Langkah itu juga akan dapat meningkatkan ekonomi Negara secara tidak langsung melalui perbelanjaan oleh rakyat Malaysia yang telah mengisi kekosongan kerja yang sebelum ini diisi oleh rakyat asing.

 

MBM juga menyeru agar rakyat Malaysia yang sedang menganggur merebut dan mengambil peluang yang ada ini dengan proaktif dan tidak terlalu memilih pekerjaan. Kerajaan telah mengadakan pelbagai kursus kemahiran kepada masyarakat dalam usaha membantu mereka mendapatkan pekejaan tetapi usaha kerajaan ini akan menjadi sia-sia sekiranya ia dipandang sepi oleh rakyat Malaysia.

 

MBM berharap pihak majikan lebih mengutamakan rakyat tempatan dalam usaha membantu kerajaan menangani masalah pengangguran ini dan mereka boleh menggunakan saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan dalam mencari pekerja tempatan. Majikan ini seharusnya menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu rakyat Malaysia dan bukannya menafikan hak-hak mereka untuk mendapatkan perkerjaan yang kini diisi oleh orang luar.

 

Sekian. Terima kasih.

 

MENGGERAK BELIA MALAYSIA


TAJUDIN AHMAD A.I.S

Setiausaha Agung

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
[ Kembali ] 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my