• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow MBM UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN
MBM UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PDF Cetak E-mail
Thursday, 06 November 2008
MBM UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang menaungi 40 buah pertubuhan belia utama di Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap rakyat khususnya golongan belia. Keprihatinan kerajaan ini boleh dilihat dalam pembentangan Bajet 2009 yang telah dibentangkan oleh YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Parlimen semalam.

MBM melihat Bajet 2009 ini akan dapat memulihkan kembali keyakinan rakyat kepada kerajaan dalam menguruskan pentadbiran Negara kerana kandungan bajet ini lebih kepada bajet untuk kebajikan rakyat yang kini dalam kebimbangan ekoran dari krisis ekonomi global.

MBM juga berterima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan RM200 juta kepada beberapa kementerian dalam usaha membina modal insan melalui program latihan khusus untuk golongan belia dan beliawanis tanpa mengira kaum. Dengan peruntukkan ini, belia yang berkemahiran serta berwawasan akan dapat dilahirkan bagi memenuhi keperluan Negara pada masa depan.


Pembentangan bajet ini juga turut menyentuh tentang peruntukan sebanyak RM100 juta kepada program-program belia dalam memperkasakan golongan ini. Ternyata, kerajaan begitu yakin dan mengiktiraf belia sebagai salah satu aset Negara  yang perlu diperkasakan dengan bersungguh-sungguh. MBM yakin, dengan peruntukan ini, pergerakan belia akan terus subur dalam menghasilkan belia yang akan menjadi aset penting Negara pada masa depan.

MBM juga menyeru agar rakyat Malaysia bersyukur dengan Bajet 2009 ini yang tentu sekali akan banyak membantu rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi seterusnya mengembeling usaha dan tenaga bersama-sama kerajaan dalam membina sebuah Negara yang makmur dan maju.

Sekian. Terima kasih.

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

TAJUDIN AHMAD A.I.S
Setiausaha Agung

Bertarikh: 5 November 2008
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my