• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow MBM sokong keputusan Majlis Raja-Raja
MBM sokong keputusan Majlis Raja-Raja PDF Cetak E-mail
Monday, 20 October 2008
KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM SOKONG KEPUTUSAN MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili 40 buah pertubuhan belia pelbagai kaum di negara ini menyokong penuh keputusan yang telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu di Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 semalam.

Justeru, MBM menegaskan akan menentang segala tindakan yang bakal diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam mempersoalkan semua keputusan mesyuarat tersebut. MBM juga berharap keputusan mesyuarat itu tidak dipolitikkan oleh sesiapa sahaja demi kepentingan golongan yang tertentu sahaja.

MBM ingin mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa semua keputusan tersebut dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada yang telah disepakati semasa pembentukan negara. Perlembagaan ini telah berjaya menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia untuk sekian lamanya hinggalah munculnya golongan-golongan yang berkepentingan sendiri kononnya mahu mendapat keadilan dan memperjuangkan hak asasi manusia.

MBM menyeru agar seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan golongan-golongan ini yang mahu memporak-perandakan perpaduan yang telah disemai sejak sekian lama.

MBM juga mahu kerajaan mengambil tindakan yang tegas dan cepat terhadap golongan-golongan yang cuba menghancurkan keharmonian negara yang mempersoalkan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana golongan-golongan ini telah banyak menimbulkan kebimbangan dan kegusaran di kalangan rakyat hingga boleh mencetuskan kebencian sesama rakyat. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan dengan cepat bagi membendung kebangkitan golongan-golongan ini. Jangan nanti sudah terhantuk barulah tergadah. MBM yakin jika kerajaan menggunakan undang-undang sedia ada, pergerakan golongan-golongan tersebut dapat dihalang dan dibendung.

Sekian. Terima kasih.

MENGGERAK BELIA MALAYSIA

TAJUDIN AHMAD A.I.S
Setiausaha Agung

Bertarikh: 17 Oktober 2008
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
Terkini
MBM ajak belia kutuk serangan rejim Israel KUALA LUMPUR 4 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengajak seluruh warga belia untuk mengu... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my