Kenyataan Akhbar
MBM Mahu Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Raja Petra | MBM Mahu Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Raja Petra |
|
|
|
| Tuesday, 09 September 2008 | |
|
KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA MBM Mahu Tindakan Tegas Dikenakan Terhadap Raja Petra ![]() Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mewakili suara belia Malaysia mahu penulis blog, Raja Petra Raja Kamaruddin bertanggungjawab di atas tulisannya yang disiarkan di blog Malaysia Kini yang telah menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Sebagai seorang penulis blog, Raja Petra sepatutnya sedar bahawa setiap tulisannya boleh mempengaruhi serta mengancam perpaduan yang sekian lama dipupuk. Tulisannya yang mempunyai unsur provokatif dan tidak bertanggungjawab itu secara langsung telah menghina agama Islam yang suci ini. Tulisannya ini boleh mendorong masyarakat memandang serong terhadap Islam serta penganutnya, malah boleh mendorong kepada perpecahan di kalangan masyarakat dan ianya boleh mengundang kepada berlakunya keganasan seperti yang kini sedang berlaku di negara-negara lain di dunia. Islam, merupakan agama rasmi negara dan ianya tidak harus dipersoalkan oleh mana-mana individu. Sebagai seorang Islam, Raja Petra seharusnya mempertahankan kedaulatan dan maruah agama Islam di negara sendiri tetapi beliau dengan niat jahat telah mencemarkan secara terang-terangan hanya untuk menyenangkan pihak-pihak yang tertentu sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan hidup dalam harmoni tetapi kenikmatan ini tidak akan kekal lama jika penulis-penulis blog seperti Raja Petra ini langsung tidak mempedulikan sensitiviti kaum-kaum. Justeru, MBM mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sekeras-kerasnya kepada penulis-penulis blog yang menyiarkan artikel yang berbaur perkauman. Tindakan keras ini hendaklah dilaksanakan dengan segera bagi membendung usaha jahat yang sedang dilakukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan yang tertentu serta mahu mencari populariti murahan. MBM juga mahu pihak berkuasa menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau pergerakan penulis-penulis blog ini yang kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jawatankuasa ini bukan hanya ditugaskan untuk memantau tetapi bertugas untuk mengambil tindakan dengan segera bagi menghalang sebarang tulisan yang berniat jahat ini tersebar di kalangan masyarakat. Akhir kata, MBM menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar bersyukur dengan kenikmatan yang sedang kita nikmati dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mengekalkan keamanan dan perpaduan yang sekian lama terjalin. MBM juga mahu penulis-penulis blog lebih bertanggungjawab dan beretika di dalam setiap penulisan mereka dan jangan jadikan blog itu sebagai medan untuk memporak perandakan masyarakat bagi kepentingan peribadi. Sekian. Terima kasih. MENGGERAK BELIA MALAYSIA TAJUDIN AHMAD A.I.S Setiausaha Agung Bertarikh: 5 September 2008 |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my