Executive Committees | Belia dapat RM3,000 tubuh pusat siber |
|
|
|
| Monday, 28 July 2008 | |
|
MELAKA: Kementerian Belia dan Sukan akan menyalurkan bantuan sebanyak
RM3,000 kepada pertubuhan belia seluruh negara bagi membolehkan mereka
menubuhkan sebuah pusat siber di setiap kawasan Parlimen, mulai
penghujung tahun ini.
Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi langkah itu, kerajaan berharap melihat sekurang-kurangnya sebuah pusat siber dilengkapi dengan kemudahan internet dapat diwujudkan di semua 222 kawasan Parlimen seluruh negara. Katanya, bagi memastikan kelancaran usaha itu, kementeriannya akan membentuk satu sekretariat, dianggotai pemimpin atau ahli belia di setiap kawasan yang akan berfungsi untuk mentadbir dan memantau pusat siber belia berkenaan. "Harapan kita, dengan adanya kemudahan ini akan membolehkan golongan belia menguasai bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dan kemudian membantu penduduk setempat menggunakan kemudahan itu,'' katanya ketika berucap pada majlis penutup Sambutan dan Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat negeri, di Dataran Bandaraya, dekat sini, malam kelmarin. Majlis perasmian penutup disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob. Pada majlis itu, Sabri turut dianugerahkan Pingat Bintang Khidmat Cemerlang (BKC) iaitu anugerah tertinggi Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) manakala 23 individu lain menerima Pingat Bakti Belia (PBB) sebagai menghargai bakti dan pengorbanan sukarela mereka. Beliau turut menyampaikan sumbangan RM890,000 kepada kerajaan negeri bagi membolehkan 25 pertubuhan belia yang bergabung di bawah MGBM menjalankan program tahunannya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my