• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow History
‘Larangan siswa anggotai politik lawan prinsip’ PDF Cetak E-mail
Monday, 28 July 2008
Oleh Mohamed Farid Noh
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membenarkan mahasiswa menganggotai parti politik pilihan mereka dan aktif dalam politik, walaupun Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan melalui proses bacaan kedua di Dewan Rakyat Ogos ini menghalang mahasiswa berbuat demikian.

Pihak kerajaan juga disaran tidak bimbang dengan pembabitan mahasiswa dalam politik kerana yakin langkah itu akan mempercepatkan kematangan sahsiah mereka di samping membawa manfaat kepada pembangunan politik negara.

Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sebagai bekas pemimpin mahasiswa, beliau mengalu-alukan pindaan AUKU yang membenarkan pemimpin parti politik mendampingi mahasiswa, tetapi berharap mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik.
“Larangan mahasiswa menganggotai parti politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Saya bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi benarkan menganggotai parti politik pilihan mereka.

“Saya tidak mahu kerajaan terus digelar ‘double-standard’ atau tidak adil kerana mahasiswa tidak dibenar menganggotai parti politik sebaliknya mahasiswa di luar negara diberikan kebebasan itu,” katanya.

Saifuddin yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) serta bekas Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (UM) berkata, kerajaan tidak perlu bimbang pembabitan mahasiswa dalam politik kerana pegangan mereka terhadap politik akan berubah seiring peningkatan usia dan kematangan.

Semalam Berita Minggu melaporkan, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemimpin parti politik, termasuk pembangkang akan dibenarkan memberi ceramah kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat ada kaitan dengan pengajian dan akademik mahasiswa apabila AUKU diluluskan Dewan Rakyat, Ogos ini.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my