Links | Pusat siber untuk belia di setiap Parlimen |
|
|
|
| Monday, 21 July 2008 | |
|
MELAKA 21 Julai — Kementerian Belia dan Sukan akan mewujudkan pusat siber di semua kawasan Parlimen di negara ini untuk kemudahan golongan belia melayari Internet. Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata bagi memastikan golongan belia memanfaatkan pusat siber itu, kementeriannya akan melantik sukarelawan daripada kalangan belia untuk memantau dan mengendalikan pusat siber itu. “Suka saya maklumkan dalam perancangan pusat siber dan blog, kita akan wujudkan pusat siber di setiap Parlimen di seluruh negara,” katanya semasa berucap pada majlis penutup sambutan dan Perhimpunan Hari Belia Negara peringkat Negeri Melaka oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di sini, malam tadi. Pada majlis itu, Mohd Khalil menyampaikan anugerah Bintang Khidmat Cemerlang iaitu anugerah bintang tertinggi daripada Majlis Gabungan Belia Melaka kepada Ismail Sabri. Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka Datuk Idris Haron. Pusat siber itu adalah sebahagian perancangan kementerian selepas pelancaran program Belia Siber baru-baru ini. Ismail Sabri berkata bagi memahami inspirasi golongan belia, kementeriannya juga mewujudkan laman blog untuk mereka. Katanya kementeriannya menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi memperluaskan sistem penyampaian program pembangunan belia selain untuk mendampingi golongan itu. Beliau berkata kementerian juga menyalurkan bantuan pengupayaan kepada 3,693 persatuan belia di seluruh negara di mana setiap persatuan menerima bantuan RM3,000. “Kita juga akan memperluaskan bantuan pentadbiran kepada persatuan belia peringkat negeri dan daerah,” katanya. Beliau berkata kementeriannya tidak lagi menganjurkan program tetapi menyerahkan kepada persatuan belia untuk menganjurkan program bersesuaian dengan kehendak mereka. “Saya amat berharap usaha-usaha yang dilaksanakan ini akan mendatangkan hasil yang positif dan mendapat kerjasama berterusan daripada semua pihak,” katanya. — BERNAMA |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my