Links | GPMS saran biasiswa secara automatik |
|
|
|
| Monday, 21 July 2008 | |
|
TUMPAT 20 Julai - Kementerian Pelajaran disaran memberi bantuan biasiswa secara automatik kepada semua pelajar yang layak memasuki tingkatan enam atau pra-Universiti. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, bantuan itu menggalakkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi meneruskan persekolahan di tingkatan enam. Beliau berkata, buat masa ini pelajar aliran kemanusiaan (sastera) memperoleh biasiswa sebanyak RM90 sebulan manakala aliran sains RM110 sebulan tetapi tidak semua pelajar menerima biasiswa tersebut. "Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran diminta menimbangkan cadangan GPMS supaya setiap pelajar yang berpeluang memasuki tingkatan enam secara automatik memperoleh biasiswa kerana mereka telah menghampiri pengajian di universiti," katanya. "Perkara ini penting kerana daripada penyelidikan kami, kebanyakan pelajar terpaksa berhenti meneruskan persekolahan di tingkatan enam kerana keluarga berhadapan dengan masalah kewangan akibat kemiskinan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penutup Program Jati Diri Kesukarelawan Nasional Peringkat Negeri Kelantan (PJKN) 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini hari ini. Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Hal Ehwal Khas Negeri Kelantan, Suhaili Hussin. Seramai 145 pelajar lepasan SPM dari sekolah menengah jajahan Tumpat mengikuti program selama 10 hari yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta GPMS. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my