| Kem Edutourism Jeram Bechung anak angkat MBNP |
|
|
|
| Wednesday, 02 July 2008 | |
|
KUALA LIPIS 27 Jun - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) memilih Kem Edutourism Jeram Bechung, Kuala Medang dekat sini sebagai 'anak angkat' bagi memastikan pusat rekreasi itu sentiasa dijaga tahap kebersihannya. Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kem tersebut akan
diberi perhatian oleh MBNP dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuk
projek penanaman pokok.
Beliau berkata, kem tersebut juga akan dijadikan lokasi utama pelajar dan pelancong untuk menjalankan kegiatan perkhemahan, kokurikulum dan kajian flora dan fauna. ''Tugas menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab belia, pelajar
dan badan bukan kerajaan (NGO) lain dengan menjadikan kegiatan
gotong-royong sebagai rutin pada hujung minggu. ''Contohi negara Barat yang menitikberatkan aspek keindahan alam sekitar dan mewujudkan persekitaran kondusif," katanya. Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan sijil kepada 80 peserta Program Rakan Muda Cinta Alam anjuran Pejabat Belia daerah Lipis dan Persatuan Belia 4B Kuala Medang, di Kem Edutourism Jeram Bechung, Kuala Medang, baru-baru ini. Abdul Fattah yang juga Pengerusi Majlis Belia Lipis meminta semua ahlinya menjadikan kegiatan gotong-royong membersihkan pusat rekreasi sebagai aktiviti rutin di kawasan masing-masing. Aktiviti berkenaan, katanya, dapat membantu meringankan beban kerajaan menangani kebersihan alam sekitar termasuk kawasan pelancongan. Beliau berkata, tugas menjaga kebersihan alam sekitar adalah
tanggungjawab semua dan bukan diletakkan di bahu pihak berkuasa
tempatan (PBT) semata-mata. Penjagaan alam sekitar, menurut beliau, menjadi agenda global kerana tugas berkenaan telah lama diperjuangkan persatuan-persatuan pencinta alam sekitar. Justeru katanya, perjuangan tersebut perlu diteladani oleh belia di Pahang untuk menjaga kebersihan di tempat tinggal masing-masing. Sehubungan itu katanya, sebanyak 400 NGO termasuk persatuan belia di
negeri ini perlu menganjurkan program gotong-royong membersihkan
kawasan sungai, laut dan taman rekreasi. MBNP katanya, juga akan meminta kerjasama pejabat belia daerah dan NGO lain untuk menyediakan ceramah dan kepakaran berhubung penjagaan alam sekitar menerusi kursus- kursus tertentu. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my