| GPMS bidas dalang forum kontrak sosial |
|
|
|
| Wednesday, 02 July 2008 | |
|
KUALA LUMPUR 29 Jun - Penganjuran Forum Kontrak Sosial oleh Majlis Peguam disifatkan mempunyai agenda tersembunyi dan didalangi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam situasi politik negara. Sehubungan itu Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Lumpur, Sobri Ahmad menggesa kerajaan menyiasat dalang di sebalik penganjuran forum tersebut dan mereka mesti dihukum kerana boleh menganggu gugat keamanan negara. Beliau berkata, GPMS amat kesal dengan tindakan tersebut apatah lagi tiada ahli panel Melayu hadir dalam forum tersebut padahal hak ketuanan Melayu dipersoalkan. ''Tindakan mempersoalkan kontrak sosial itu sangat mendukacitakan kerana Majlis Peguam bukanlah badan yang mewakili suara kaum tertentu di Malaysia tetapi adalah badan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal guaman. ''Mereka tidak patut persoalkan kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh para pejuang kemerdekaan dahulu,'' katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini. Forum Kontrak Sosial anjuran Majlis Peguam disertai beberapa ahli panel antaranya Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mavis Puthucheary, Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan peguam, Tommy Thomas serta ahli akademik, Dr. Farish Noor. Sementara itu, beliau memberitahu Majlis Peguam secara tidak langsung telah mencalarkan imej dan kredibiliti mereka sebagai sebuah badan profesional bila isu itu digunakan oleh pihak tertentu bagi mencapai tujuan politik. ''Adalah tidak perlu bagi mereka untuk jadi 'juara' kelompok tertentu yang sememangnya menanti peluang untuk memecah belahkan masyarakat seterusnya mencapai agenda politik mereka,'' katanya. Sepatutnya, tegas Sobri, tumpuan diberi untuk menambah baik bidang kehakiman negara selain mengelak daripada mengutarakan apa jua isu yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan politik dan mengancam keamanan negara. ''Mereka harus ikhlas dengan mengutarakan cadangan kepada kerajaan untuk kukuhkan perpaduan dan bukan sebaliknya,'' ujarnya. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my