Links | Misi lahir belia gemilang |
|
|
|
| Tuesday, 17 June 2008 | |
|
Lelaki ini tidak pernah merungut atau memberi alasan bahawa 'tiada masa' untuk mengadakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Sebaliknya, beliau sanggup mengorbankan tenaga dan masa semata-mata untuk menjayakan pelbagai aktiviti sukarelawan di peringkat negeri dan antarabangsa.
Berdasarkan takrifan tersebut, hampir separuh penduduk negara ini adalah golongan belia. Belia hari ini mencerminkan kepimpinan masa depan. Maka ia dijadikan landasan untuk menjadikan Malaysia sebagai bumi bertuah yang berjaya, aman dan makmur. Namun, tidak dapat dinafikan golongan belia kini tidak lagi terikat bagaikan 'katak di bawah tempurung'. Ironisnya, mereka sekarang menjadi 'katak di bawah lampu kristal'!. Pemikiran belia semakin berubah. Mereka lebih terbuka, kreatif, inovatif dan berani keluar dari kepompong lama apabila perkembangan teknologi yang begitu luas menjadi gaya hidup. Selaras dengan itu, sebuah anugerah dicipta bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan ke atas pencapaian kelompok belia dalam pelbagai bidang, menggalakkan penyertaan mereka dalam kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan sekali gus menjana sokongan masyarakat umum terhadap kerja-kerja pembangunan belia. Ekoran itu, kerajaan menyambut Hari Belia Negara tanggal l5 Mei setiap tahun bagi menghargai belia-belia yang aktif berpersatuan serta terlibat dalam kegiatan sukarelawan. Tambahan pula sambutan gilang-gemilang ini turut diadakan di peringkat negeri. Sempena ini, kerajaan turut mengadakan satu program pengiktirafan bagi individu dan organisasi yang telah menunjukkan jasa dan sumbangan yang cemerlang kepada pembangunan belia melalui 'Anugerah Belia Negara'. Kebiasaannya, kebanyakan golongan belia tidak gemar melibatkan diri atau menganjurkan mana-mana aktiviti kemasyarakatan dengan memberi alasan tiada masa. Tetapi lelaki ini tidak pernah merungut atau memberi alasan 'tiada
masa' untuk mengadakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan. Sebaliknya, beliau sanggup mengorbankan tenaga dan masa semata-mata untuk pelbagai aktiviti sukarelawan pada peringkat negeri dan antarabangsa. Sumbangan yang tulus ikhlas inilah yang membuatkan lelaki berjiwa mulia ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi kategori sukarelawan pada tahun ini. Azman Mahmood, 38, teruja dan terharu apabila merangkul anugerah yang berprestij tinggi itu dan beliau menyifatkan pengiktirafan ini sebagai satu tanda penghargaan besar kerajaan terhadap sumbangannya untuk pembangunan belia di negara ini. "Jika kita ingin berbakti pada masyarakat dan negara, bersedialah membantu golongan belia yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Usah beri alasan, sebaliknya tampil ke hadapan dan berganding bahu bersama pihak lain untuk melahirkan belia yang lebih berkualiti. "Sebenarnya, naluri ingin menyumbang pada pembangunan belia wujud apabila saya melihat segelintir belia di kawasan kediaman saya terjerumus dalam gejala sosial seperti dadah, pergaulan bebas, perhubungan sejenis, jenayah juvana, gangsterisme dan ajaran sesat," katanya kepada Kosmo!. Azman mengakui jiwanya terguris apabila melihat sendiri keletah anak-anak muda terutamanya remaja membazirkan masa dengan terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah. Dari situlah, beliau bertekad untuk melakukan sesuatu demi anak-anak muda di kawasan kejirannya di Bangsar, Kuala Lumpur dan sanggup berkorban masa dan tenaga serta berhadapan dengan pelbagai rintangan yang menghalang misi suci dalam merealisasikan pembangunan belia di kawasan pangsapuri Putra Ria di Bangsar. "Pada awalnya, perjalanan misi ini bermula sebagai ahli dalam Gerakan Belia 4B Malaysia, cawangan Putra Ria, Jalan Bangsar. Saya bergiat aktif dalam gerakan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pada tahun 1997, saya dilantik sebagai pengerusi. "Menyandang jawatan tertinggi ini secara tidak langsung menggalakkan saya menganjurkan pelbagai aktiviti untuk penghuni kawasan Putra Ria. Kemudian, pada tahun 2004, saya dilantik pula sebagai Penolong Setiausaha Belia 4B (M) kawasan Lembah Pantai dan Exco Belia 4B (M) WPKL," ujarnya yang turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai pada tahun 2006. ![]() SEBAGAI sukarelawan ketika Sukan Komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur. Sukarelawan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perhotelan dan berkhidmat sebagai kerani selama 15 tahun di Hotel KUB Singgahsana, Petaling Jaya ini, melakukan segala aktiviti sukarelawan selepas waktu kerja dan menggunakan sepenuh waktu hujung minggu untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan bagi golongan belia di kawasannya. Antara aktivitinya ialah perlawanan futsal, bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Turut diadakan ialah seminar atau ceramah membina jati diri dan kepimpinan. "Jika sesuatu program memakan perbelanjaan besar maka saya terpaksa bekerja lebih keras untuk menyiapkan projek ini. "Kami juga sentiasa mendapatkan bantuan kewangan melalui sumbangan pihak korporat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nestle dan lain-lain," kata lelaki yang berasal dari Muar, Johor ini. Azman mengakui bahawa bukan mudah untuk memperoleh sesuatu sumbangan penuh daripada organisasi besar. Kadangkala pada saat-saat akhir, mereka gagal menunaikan janji. Dalam keadaan getir, beliau terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri untuk meneruskan projek-projek tersebut. Sehingga kini, beliau telah membelanjakan duit sendiri kira-kira RM10,000 semata-mata mahu menganjurkan program yang mampu mengubah nasib golongan belia di kawasan kejiranannya. Dorongan dan sokongan isteri tercinta, Norazrin Azmi, 26, dan rakan-rakan seperjuangan membuatkan beliau berjaya melahirkan atlet sukan daripada penduduk remaja yang memang gemarkan aktiviti sukan. Misalnya, projek Kelab Bola Jaring Metropolitan Lembah Pantai diwujudkan untuk memberi peluang kepada remaja perempuan mempelajari sukan bola jaring. "Projek ini, mendapat sambutan hebat daripada seluruh penduduk di kawasan Putra Ria manakala ibu bapa turut mendaftar anak-anak bagi mengikuti latihan yang diberi secara percuma ini. "Senario yang sama juga berlaku untuk latihan bola sepak, futsal dan sepak takraw. Kini, remaja di kejiranan ini mempunyai pelbagai aktiviti berfaedah untuk diisi pada masa lapang," ujar Azman yang pernah menjadi sukarelawan Sukan Komanwel di Kuala Lumpur pada 1998. ![]() ANTARA aktiviti yang dijalankan untuk belia di kawasan Putra Ria, Bangsar, Kuala Lumpur ialah bermain bola sepak. Bapa kepada dua orang cahaya mata ini berjanji akan melahirkan lebih banyak belia beridentiti cemerlang bagi menangkis tuduhan kebanyakan orang yang melihat belia sebagai kumpulan bermasalah dan selalu dikaitkan dengan unsur negatif. "Saya mahu belia dilihat sebagai individu yang dihormati," kata Azman yang turut bergiat aktif dalam bidang politik. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my