• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Links
RM1.7j untuk persatuan belia PDF Cetak E-mail
Monday, 16 June 2008

Active ImageOleh OPAT RATTANACHOT

BALING 13 Jun - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyalurkan bantuan kewangan melibatkan peruntukan RM17 juta kepada persatuan belia berdaftar di seluruh negara bagi memantapkan lagi pergerakan pertubuhan berkenaan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan kewangan sebanyak RM3,000 untuk setiap persatuan belia berdaftar tersebut akan disalurkan mulai bulan depan.

''Buat masa sekarang kita menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri serta daerah sedang mengenal pasti jumlah sebenar pertubuhan belia yang terdapat dalam kawasan mereka.

''Hanya persatuan belia yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan layak mendapat bantuan ini dan kita berharap dengan bantuan tersebut, ia dapat melahirkan satu pergerakan belia yang dominan dalam kawasan masing-masing," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Rakan Muda Baling dan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Kedah di Pulai dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Belia Negeri Kedah, Datuk Ahmad Zaini Japar; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Mohamad Bathri dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bayu, Azmi Che Husain.

Menurut Ismail Sabri, selain bantuan kewangan kepada pertubuhan sedia ada, KBS juga bersetuju menyalurkan bantuan modal sebanyak RM3,000 kepada golongan belia yang berhasrat menubuhkan persatuan.

Sehubungan itu, katanya, mereka yang berminat boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan daerah terdekat bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, KBS telah membekukan semua pembinaan kompleks sukan besar bagi meringankan beban kewangan kerajaan.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akan mengkaji keperluan menghantar atlet untuk menjalani latihan di luar negara.

"Kita sedang kaji keperluan dan kesesuaian latihan di kalangan atlet memandangkan ia melibatkan kos yang besar.

"Kita tetap akan hantar atlet berkenaan yang benar-benar mampu menyumbang pingat dan memenuhi harapan rakyat negara ini untuk menang dalam kejohanan antarabangsa," jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, KBS dari semasa ke semasa berusaha melengkapkan kemudahan bersukan dan riadah untuk dimanfaatkan golongan belia serta orang ramai di kawasan masing-masing.

"Saya berkeyakinan penuh dengan mewujudkan kompleks sukan seperti Kompleks Rakan Muda ini, ia dapat membantu semua pihak melahirkan masyarakat seimbang dari pelbagai aspek kehidupan," katanya.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my