• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow About Us
Belia jangan dijajah kuasa siber PDF Cetak E-mail
Thursday, 12 June 2008
Active Image
Kehangatan sambutan Hari  Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih dirasai di seluruh negara. Seperti yang diketahui umum, masyarakat belia atau golongan muda sering dikaitkan dengan pelbagai isu negatif wujudkan gejala sosial. Namun begitu, pelbagai kejayaan golongan muda terutama kecemerlangan akademik seperti tertutup ekoran wujudkan gejala sosial. Bagi menentukan semangat jati diri dan modal insan golongan muda terus padu, wartawan Yo! Bazli Abdul Rahman menemu bual Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Azizuddin Ahmad untuk mendapatkan suntikan semangat agar generasi belia hari ini menepati piagam belia iaitu ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’.
Apakah harapan MBM kepada golongan muda sempena Hari Belia 2008?
AZIZUDDIN : Antara harapan kami adalah ialah mahu kira-kira 11 juta belia kita memiliki tabiat usul dan periksa ke atas apa sahaja informasi yang diterima.
    Maksud saya, mereka akan menilai soal kebenaran terhadap sesuatu berita itu terlebih dahulu. Melalui cara tersebut, mereka akan menjadi individu yang mengutamakan kesahihan terlenih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan. Ini bermakna, mereka sentiasa mengutamakan kesahihan terlebih dahulu tanpa fakta dibimbangi maklumat yang diterima adalah fitnah.
    Jadi, MBM amat mengaharapkan supaya golongan muda tidak menerima bulat-bulat apa-apa informasi, terutama menerusi media cetak dan elektronik, seperti melalui blog di internet dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Apakah antara contoh maklumat yang perlu ditapis oleh belia?
AZIZUDDIN : Salah satu daripada perkara yang mesti diteliti dan diperangi oleh belia ialah mengenai sesetengah pihak yang cuba mempermainkan kandungan Perlembagaan Negara.
    Sebagai seorang belia yang matang, kita mesti memerangi perkara itu, apa lagi jika isu yang dibangkitkan mempersoalkan dasar negara seperti soal bahasa dan kedaulatan Raja-Raja Berperlembagaan.
    Belia yang memiliki jati diri yang kuat akan sentiasa teguh untuk mempertahankan kedaulatan negaranya sendiri.
    Sebab itulah MBM benar-benar mahukan remaja kita memahami sejarah, seperti sejarah negara, sejarah bangsa, sejarah Raja-Raja Melayu dan sejarah pembentukan masyarakat di Malaysia sendiri. MBM sedia maklum ada pihak yang cuba mempertikaikan cara hidup bermasyarakat yang sedia harmonis di negara ini.
    Mereka ini sebenarnya kumpulan yang menolak realiti. Jika belia mudah terjebak dengan pengaruh jahat itu ia akan membawa padah atau risiko besar kepada negara sehingga membawa kepada kemudaratan di Malaysia.

Kini media siber kuat pengaruhnya terutama menerusi internet. Apa yang belia perlu buat?
AZIZUDDIN : Seperti yang telah saya katakan, bahawa kita mesti menyemak kesahihan terhadap sesuatu berita itu terlebih dahulu.
    Kita wajar sentiasa berwaspada, kerana salah satu daripada cara berperang untuk menakluk sesebuah negara itu bukan lagi hanya berpaksikan senjata api sahaja. Maksud saya, apa pihak yang menggunakan dunia siber di internet untuk memudahkannya menjajah sesebuah negara.
    Masyarakat belia kenalah faham bahawa sistem perang menggunakan alam siber sebenarnya lebih berkesan berbanding senjata api. Sebab itulah ada sesetengah pihak terutama negara-negara kuasa besar alam siber bagi mempengaruhi jiwa golongan muda terlebih dahulu sebelum menawan negara-negara sasarannya.
    Cara penjajahan minda golongan muda itu pula dibuat melalui pelbagai kaedah. Ini termasuklah melalui hiburan dan budaya baru melibatkan golongan belia di Negara sasarannya.
    Apabila pihak yang bermotif jahat itu sudah boleh mempengaruhi golongan muda, mereka  kemudian menunggu berlakunya pergolakan atau sebarang krisis dalam Negara terlibat untuk membolehkannya ‘campur tangan’ atau menjajah balik. Ketahuilah, salah satu daripada negara sasaran tidak mustahil Malaysia.

Apakah antara cara terbaik menangani masalah itu?
AZIZUDDIN : Salah satu daripadanya ialah menerusi sistem pendidikan yang sedia ada di Malaysia. Unsur-unsur membendung kepada apa-apa masalah, tidak kira masalah sosial atau agama mesti bermula di peringkat sekolah atau di ruang pembelajaran.
    Ini kerana waktu pembelajaran merupakan masa yang cukup sesuai untuk kita melakukan pembentukan diri buat golongan belia.

 
Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my