• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Links
Timur: 150 ahli GPMS berkampung selami kehidupan peneroka PDF Cetak E-mail
Saturday, 07 June 2008
KUANTAN: Seramai 150 ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) peringkat kebangsaan berkampung selama empat hari bermula semalam di Bukit Goh dekat sini bagi menyelami kehidupan masyarakat peneroka di situ.

Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional berkonsepkan belia masuk kampung itu adalah anjuran Kementerian Belia Dan Sukan dengan kerjasama GPMS serta Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas).
Peserta yang terdiri daripada remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi peluang tinggal bersama kira-kira 30 keluarga angkat di kalangan peneroka Felda untuk memberi pendedahan sebenar kehidupan di tanah rancangan itu.

Majlis perasmian program dan penyerahan anak angkat disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah bersama Timbalan Presiden GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad dan Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang, Mohd Shahrir Abdullah.

Md Sohaimi berkata program berkenaan mampu memperlihatkan kepada generasi muda khususnya Bumiputera terhadap program pembangunan sosial dan ekonomi yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kemajuan peneroka Felda.

"Pengisian in penting supaya generasi muda hari ini bersyukur dan sentiasa menghargai setiap usaha memajukan kelompok masyarakat Melayu di luar bandar yang menyertai Felda sejak lebih 30 tahun dulu.

"Ketika ini masyarakat peneroka Felda sudah memasuki generasi ketiga yang mana kesan kemajuan taraf hidup mereka jelas berubah berbanding dulu dan ia wajar diteliti oleh generasi baru khususnya ahli GPMS sendiri.

"Program anak angkat sebegini wajar menjadi landasan perkongsian pintar antara ahli GPMS dan peneroka sendiri supaya peneroka juga memperoleh input ilmiah dan pembangunan insan daripada peserta terbabit," katanya.

Sementara itu, Mohd Shahrir berkata program berkenaan adalah usaha berterusan GPMS memartabatkan golongan pelajar dan belia Melayu sejak GPMS ditubuhkan sebelum kemerdekaan negara dulu lagi.

"Dalam program ini mereka dikehendaki memanfaatkan ilmu dan nilai kepemimpinan dalam diri mereka dengan mendekati masyarakat melalui aktiviti seperti gotong-royong, sukan dan kebudayaan.

"Selain itu, mereka juga akan menyertai keluarga angkat masing-masing dalam aktiviti harian termasuk ke ladang kelapa sawit, berniaga, beribadah di masjid dan pelbagai aktiviti komuniti peneroka di situ," katanya.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel... 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my