| Sentral: Tapak ibu pejabat St John Ambulans di Ayer Keroh |
|
|
|
| Saturday, 07 June 2008 | |
|
JASIN: St John Ambulans Melaka (SJAM) bakal memiliki ibu pejabat baru
yang moden dan selesa di tapak seluas 0.5 hektar di Ayer Keroh bagi
membolehkan 2,800 ahlinya di seluruh negeri ini menyumbang khidmat
kemasyarakatan lebih cekap pada masa depan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata tapak bagi projek itu sudah dikenal pasti yang letaknya bersebelahan Rumah Persatuan Orang Tua Ayer Keroh. "St John Ambulans Melaka perlu memiliki ibu pejabat baru di kawasan bandar kerana sumbangannya sudah diakui berkesan ketika membantu mangsa banjir di Bandaraya Melaka Bersejarah tahun lalu,'' katanya selepas merasmikan penutupan Kem Kepimpinan SJAM 2008 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Melaka, di Kem Lanchang, Merlimau, dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Hasan Abdul Rahman; Pengarah Pelajaran negeri, Isa Abu; Timbalan Presiden SJAM negeri, Datuk Wong Soon Lim dan Pegawai Pemerintah Tertinggi SJAM negeri, Dr Tang Kam Yuen. Mohd Ali yang juga Presiden SJAM berkata, pejabat sedia ada di Bachang akan dikekalkan manakala kemudahan pengangkutan seperti ambulans dan bot penyelamat juga akan ditambah mengikut keperluan. Katanya, kewujudan ibu pejabat baru di Ayer Keroh itu boleh diibaratkan sebagai hadiah ulang tahun ke-100 St John Ambulans Malaysia yang disambut tahun ini. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my