| Memperkasa budaya politik di kalangan belia |
|
|
|
| Saturday, 31 May 2008 | |
|
ROSES mematangkan politik negara dalam konteks demokrasi memerlukan
budaya politik sihat lagi penuh pertanggungjawaban. Ia memungkinkan
tarbiyah politik dan sosiolisasi politik bermula dengan institusi
sosial seperti keluarga, agama, pendidikan, media massa, sekali gus
rakan sebaya.
Tidak hairanlah jika Barisan Nasional (BN) ingin mengembalikan prestasi cemerlang 2004 pada pilihan raya umum, maka dasar proaktif mensosialisasikan sasaran pengundi dan rakyat jelata mesti disegerakan. Agensi kerajaan seperti Kemas, Jabatan Penerangan, media massa dan sebagainya mesti memainkan peranan aktif melaksanakan kempen sosialisasi politik sesuai budaya politik memupuk kader dan kematangan politik. Apakah golongan muda kita ditarbiyahkan dan disosialisasikan dengan
pengertian memperoleh kerakyatan dan warga negara yang baik, memupuk
nilai murni membina negara seperti bertanggungjawab, patriotisme dan
rasa kecintaan kebanggaan negara sebagai rakyat yang setia lagi
bertanggungjawab? Apakah sumbangan kita terhadap proses membina negara dan melestarikan Misi Nasional dan pencapaian Wawasan 2020? Siapakah perlu melaksanakan budaya politik yang bersifat terbuka dan mementingkan perkasa sosialisasi politik? Adakah sistem parti BN atau kerajaan dengan bantuan agensi pelaksana masing-masing? Namun, pada hemat saya, sudah sampai masanya BN sebagai pemerintah merancakkan proses tarbiyah politik dalam konteks sosialisasi politik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik, bahkan mengasah dan mengasuh mereka bagaimana berfikir. Pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya. Bahkan, kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar. Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya. Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten. Jika budaya politik yang menggalakkan pemikiran terbuka, maka sosialisasi politik adalah agenda utama BN dan perlu dilaksanakan segera. Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, maka kita khuatir kestabilan politik akan terjejas. Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya. PROF MADYA MOHAMAD MD YUSOFF, Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang. |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my