| Kempen 'Belia Benci Jenayah' akan dilancar |
|
|
|
| Saturday, 31 May 2008 | |
|
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan melancarkan kempen 'Belia
Benci Jenayah' secara besar-besaran di seluruh negara dalam usaha
mengekang peningkatan jenayah dan gejala sosial di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata program berkenaan akan dilancarkan dengan harapan dapat mendidik remaja mengelak daripada terbabit dalam masalah jenayah dan kegiatan tidak bermoral. “Mesyuarat pasca Kabinet kementerian memutuskan untuk melancarkan program ini selewat-lewatnya Ogos depan dan dijangka ia bakal membantu mewujudkan generasi belia yang lebih bertanggungjawab dan tidak terbabit dalam jenayah pada masa depan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pasca
Kabinet di kementeriannya, semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha
Kementerian, Datuk Mohd Yasin Salleh. Ismail Sabri berkata, kementerian juga merancang untuk memperhalusi cadangan penubuhan Radio Belia memandangkan kira-kira satu pertiga atau 11 juta daripada 26 juta penduduk negara ini adalah belia. “Jadi, golongan ini mahu ada rancangan mereka sendiri supaya suara mereka dapat didengari setiap hari selain mempunyai pelbagai forum dan slot siaran yang dapat memberi manfaat kepada mereka. “Rancangan penubuhan Radio Belia ini sudah lama dan ia menjadi perkara yang dititik beratkan dalam Majlis Perundingan Belia, yang diadakan minggu lalu. Saya sudah mengarahkan pegawai memperhalusi perkara ini,” katanya. |
| < Sebelumnya |
|---|
The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my