• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Pengumuman arrow KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI PEMIMPIN MUDA MALAYSIA 2008
KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI PEMIMPIN MUDA MALAYSIA 2008 PDF Cetak E-mail
Friday, 16 May 2008
Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mengadakan KURSUS PENGUKUHAN INTEGRITI  PEMIMPIN MUDA MALAYSIA 2008 dan sukacitanya menjemput kepada para belia yang berminat untuk menyertainya. Borang penyertaan boleh dimuat turun di sini atau secara ONLINE di sini. Jadual penuh program di sini.




LATAR BELAKANG PROGRAM

Sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 23 April 2004 di Putrajaya, Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menjadi satu gerakan peringkat Nasional dan semua golongan masyarakat harus bersama-sama membudayakan integriti dalam kehidupan seharian. Integriti   telah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara yang maju dengan acuan yang tersendiri dengan sasaran yang telah ditetapkan.

Politik merupakan elemen yang paling penting dalam usaha untuk kemajuan negara serta kemakmuran masyarakatnya dan aktiviti politik perlu difokuskan kepada membangunkan kemanusiaan.  Pendewasaan bidang politik telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan. Istilah-istilah seperti ‘matlamat menghalalkan cara’, ‘politik itu kotor’ dan ‘politik wang’ memperlihatkan ciri-ciri negatif yang wujud dalam budaya berpolitik di Malaysia sekarang ini.

Politik yang berteraskan kepada integriti akan dapat menghindari cara pemikiran politik yang sebegini dan  melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya.
 
MATLAMAT

Memberikan Kesedaran Kepada Generasi Muda Mengenai “Politik Bersih” Sebelum Mereka Melibatkan Diri Dalam Politik Kepartian.

OBJEKTIF

1.    Memberi kefahaman tentang politik bersih dan peranan generasi muda untuk melahirkan pemimpin berintegriti.
2.    Memberi pendedahan tentang isu-isu semasa yang menjadi masalah di kalangan masyarakat.
3.    Memberi kefahaman tentang cara-cara berintegriti untuk mengatasi masalah tersebut.
4.    Memberi peluang kepada pemimpin muda untuk melaksanakan proses pemantapan integriti di kalangan masyarakat.


MODUS OPERANDI

Kursus ini akan berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula pendaftaran pada hari Jumaat petang dan tamat pada hari Ahad tengah hari.

Kursus Integriti Kepimpinan Pemimpin Muda ini akan diadakan dalam bentuk perbincangan. Sesi akan dibahagikan kepada 4 sesi, iaitu;

Sesi Pengenalan (ice-breaking), pembentangan oleh Sektor Politik Institut Integriti Malaysia (IIM). Perbincangan akan tertumpu kepada isu-isu integriti dan kepimpinan yang membelenggu pemimpin muda dewasa ini.

Sesi Forum – Sesi pertama membincangkan isu-su integriti dari sudut pandang kemiskinan, jenayah dan perpaduan kaum. Sesi kedua memberikan  fokus kepada usaha-usaha penyelesaian permasalahan integriti yang menyebabkan masalah yang dibincangkan dalam forum sesi pertama.  Ahli panel forum akan membentangkan idea dan pengalaman mereka dalam sesi ini sebagai input kepada sesi seterusnya.

Sesi ketiga (perbincangan berkumpulan), Di sesi ketiga ini peserta akan berdialog dan berbincang untuk mencari kaedah terbaik  dalam usaha  membentuk pemimpin muda berintegriti melalui program-program yang perlu dijalankan melalui gerakan persatuan masing-masing. Hasil sesi ketiga ini akan menjadi pelan tindakan integriti di peringkat persatuan melalui program-program yang dirancang.

Sesi keempat (pembentangan), hasil perbincangan di sesi ketiga akan dibentangkan sebagai satu ketetapan yang akan dilaksanakan oleh peserta dan persatuan sebagai Pelan Tindakan Integriti Kepimpinan Muda dan juga janji komitmen untuk memperkukuhkan integriti dalam persatuan masing-masing.

PESERTA

Peserta seramai 70 orang Pimpinan Muda MBM.

PENGANJUR

Penganjur program ini ialah Sektor Politik, Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM)
 
TEMPAT

Institut Integriti Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4 404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my