• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow Majlis Belia Malaysia (MBM) Membuat Laporan Polis Berkenaan Kenyataan Yb Karpal Singh
Majlis Belia Malaysia (MBM) Membuat Laporan Polis Berkenaan Kenyataan Yb Karpal Singh PDF Cetak E-mail
Friday, 09 May 2008
Active Image
 

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MEMBUAT LAPORAN POLIS BERKENAAN KENYATAAN YB KARPAL SINGH
(AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR)
Active Image
Majlis Belia Malaysia (MBM) pada hari ini 9 Mei 2008 (Jumaat) membuat laporan polis terhadap Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor di atas kenyataan beliau yang menghina Sultan, Institusi Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Malaysia.

MBM ingin menyatakan rasa kesal dan mengutuk sikap biadab yang melampau YB Karpal Singh yang terus mempersoalkan keputusan Istana Perak berkenaan isu perlantikan Pengarah JAIP.

Sikap biadab yang melampau seperti yang dilakukan oleh YB Karpal Singh adalah secara terangan mempersoalkan kedaulatan Institusi Raja dalam membuat keputuan bersabit bidang tugas sebagai Ketua Agama Islam. Samada beliau melakukan atas niat ataupun tidak, apa yang paling wajar dan bermaruah untuk dilakukan adalah meminta ampun dan maaf dari Tuanku Sultan Perak dalam kadar yang segera.

MBM amat bersetuju bahawa jika YB Karpal Singh enggan menyatakan permohonan maaf, wujud kewajaran yang munasabah agar desakan itu dikembalikan kepada suara rakyat. MBM turut bersedia untuk menggerakkan sokongan di kalangan ahli dan sekutu MBM untuk turut sama menyatakan pendirian rakyat Malaysia dalam isu ini.

MBM juga ingin menyatakan bahawa sikap keterbukaan Kerajaan dalam banyak perkara tidak perlu diuji dengan kenyataan-kenyataan yang boleh mendatangkan kesan yang mudarat dan negatif. MBM menolak sama sekali cubaan untuk mengheret Institusi Raja dalam menyatakan pandangan dan pendirian politik bersifat peribadi.

MBM melihat isu ini tidak sepatutnya timbul jika rakyat Malaysia berpegang teguh dan menghormati prinsip Rukunegara yang kita junjung sejak sekian lama. Oleh itu, MBM beranggapan isu ini perlu segera ditangani dengan bijaksana. Kita bimbang sekiranya ia berterusan, Institusi Raja berperlembagaan akan tercemar dan lebih buruk lagi mengakibatkan suasana huru-hara dalam negara.

Sekian. Terima kasih.

TAJUDIN BIN AHMAD A.I.S
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia
 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my