Kenyataan Akhbar
Mbm Minta Generasi Muda Balas Jasa | Mbm Minta Generasi Muda Balas Jasa |
|
|
|
| Wednesday, 27 February 2008 | |
![]() SDR. TAJUDIN AHMAD SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA MBM MINTA GENERASI MUDA BALAS JASA - SOKONG BARISAN NASIONAL (BN) 8 Mac 2008 merupakan tarikh yang amat penting dalam menentukan tampuk pentadbiran negara melalui proses demokrasi yang telah diamalkan di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan. Pilihanraya Umun kali ke 12 ini diadakan selepas pembubaran Parlimen dibuat oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Februari 2008 lalu manakala penamaan calon telah diadakan pada 24 Februari 2008. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telah pun mengadakan pilihan raya negerinya pada tahun 2006. Seramai 10,922,139 pengundi layak mengundi pada pilihan raya kali ini berdasarkan statistik daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari lalu. Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk pertubuhan belia yang terdiri dari pelbagai kaum, jenis dan latar belakang mewakili generasi muda negara ini menyeru kepada seluruh warga Malaysia terutamanya golongan belia yang layak untuk mengundi supaya keluar pada hari pengundian bagi menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Ini kerana, setiap undi akan menentukan tampuk kepimpinan negara seterusnya menentukan hala tuju negara di masa hadapan. MBM juga berharap agar mereka yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing bersedia dengan lebih awal. Bagi mereka yang pulang dengan kenderaan awam, dapatkan tiket dengan segera agar tidak timbul sebarang masalah. Begitu juga mereka yang memandu kenderaan sendiri, MBM menyeru agar kondisi kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat. MBM mahu perjalanan pulang untuk menunaikan tanggungjawab ini tidak dicemari dengan sebarang insiden yang tidak diingini sepanjang perjalanan kerana dijangkakan seluruh jalan-jalan utama akan sibuk. MBM meminta pihak berkuasa terutamanya polis dapat memantau perjalanan trafik di beberapa kawasan yang seringkali berlaku kesesakan bagi memastikan perjalanan pulang pengundi ini berjalan lancar. MBM juga menyarankan agar majikan-majikan terutamanya pihak swasta supaya memberikan kelonggaran kepada pekerja-pekerja samada yang ingin bercuti untuk pulang ke negeri masing-masing bagi menjayakan pilihanraya atau mendapatkan pelepasan bertugas. Ini adalah merupakan sebahagian tanggungjawab sosial majikan-majikan kepada negara. Bagi mereka yang terlibat dengan kempen pilihanraya ini, MBM yakin kempen yang diadakan akan berjalan dengan aman dan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Sebarang perselisihan yang timbul harus diselesaikan dengan bijak dan berhemah bagi memastikan suasana aman dapat dikekalkan. Ini kerana, Malaysia merupakan salah satu negara model kepada negara-negara luar dan jika berlaku pertelingkahan dalam pilihanraya, ini akan memburukan imej negara kita yang berbilang kaum ini. Sejarah dalam pilhanraya yang lalu telah membuktikan bahawa peranan belia dalam pilihanraya tidah harus dipandang remeh. Janganlah kita menjadi belia yang hanya tahu mengkritik dan mencemuh sedangkan negara memerlukan sokongan kita untuk terus maju dalam mencapai Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama membuktikan bahawa belia bukanlah golongan yang banyak memberi masalah tetapi belia lah yang akan menentukan kejayaan dan kemakmuran sesebuah negara. Akhir kata, MBM berharap agar generasi muda dapat menggunakan fikiran yang waras dan bijak dalam menentukan pilihan ketika mengundi. Inilah masa dan ketikanya untuk golongan belia membalas segala jasa dan sumbangan kerajaan yang telah banyak menaburkan jasa kepada pembangunan belia di negara ini. Jangan melibatkan perasaan yang emosional dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah songsang yang dibawa oleh mereka yang mahu melihat negara berada dalam keadaan huru-hara dan kucar kacir. Kita tidak mahu hidup dalam keadaan yang tidak selamat dan aman, kerana dalam keadaan begitu, negara akan runtuh dan nilai bangsa yang kita bangunkan selama ini akan hancur berkecai. Oleh itu, MBM mahu keamanaan, kesejahteraan dan kemakmuran yang dikecapi kini dapat dikekalkan. Sekian. Terima kasih. TAJUDIN BIN AHMAD A.I.S Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia |
| < Sebelumnya | Berikutnya > |
|---|
MARI BERHIMPUN DI SUNWAY
MBM INGIN MENJEMPUT SELURUH WARGA BELIA UNTUK BERSAMA-SAMA BERHIMPUN UNTUK MENENTANG KEDATANGAN PENJ...
Belia jangan dijajah kuasa siber
Kehangatan sambutan Hari Belia Negara 2008 dengan tema ‘Belia Cemerlang Negara Terbilang’masih...
Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia 

| Berita Harian |
| Harian Metro |
| Malay Mail |
| NST |
| The Star |
| Home |
| About Us |
| Presidents |
| History |
| Executive Committees |
| Supreme Council |
| Bureau |
| Affiliates |
| Secretariat |
| Links |
| Download |
| Gallery |
| Gallery 2 |
| Contact Us |

Untuk bantuan, sila hubungi:
PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web: www.pemadam.org.my
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web: www.pengasih.net
Emel:
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya
AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web: www.adk.gov.my