• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Kenyataan Akhbar arrow Pesanan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah
Pesanan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah PDF Cetak E-mail
Tuesday, 04 December 2007
YBHG. DATO’ SHAMSUL ANUAR HJ. NASARAH
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Active ImageRaja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan warga Malaysia agar sentiasa menghormati undang-undang dan institusi penguat kuasa undang-undang negara serta mengambil pendekatan secara bertamadun dan bersopan tanpa mengorbankan keamanan dan kerukunan negara dalam apa juga tindakan mereka. Seruan beliau kepada warga Malaysia supaya sentiasa mengamalkan pemikiran dan tindakan secara rasional dalam ruang lingkup undang-undang negara dan bertiangkan budaya bangsa.

Menurut baginda, negara telah mencapai banyak kemenangan dan mencipta banyak kejayaan melalui budaya rundingan, budaya perbincangan dan budaya muafakat. “Budaya bertindak yang asing dengan budaya kita hendaklah ditolak dan tidak dibenarkan bertapak di bumi ini.

MBM berdiri teguh dan menyokong dengan ketegasan Raja Muda Perak. Malah MBM turut merasakan sikap keterlampauan ini hasil daripada hilang adat serta kebingungan mereka yang sering menjadikan tindakan barat sebagai contoh bagi mencapai impian mereka. Ini bukan satu budaya yang wajar kita teladani.

Tegasan beliau ini menunjukkan sudah tiba masanya rakyat, (semua bangsa, kaum, dna agama) bangkit menolak unsur-unsur sebegini.  Hasutan sebegini sebenarnya mengundang pandangan negatif terhadap satu bangsa dengan yang lain.  Akhirnya, kita kita sentiasa hidup dalam curiga mencurigai dan cara dan tindakan ini amat merbahaya. 
Tuntutan yang berbau perkauman serta kebencian, sepatutnya tidak wajar dilayan serta tindakan harus diambil bagi memastikan mereka ini tidak menjadi virus dalam masyarakat.

Mereka ini sepatutnya tidak dibenarkan bercakap diluar negara, bagi tujuan memburukan negara, menghasut rakyat dengan alasan peribadi, dendam serta penipuan.  Kerajaan harus mengawal tindakan mereka serta mengambil dasar diplomatik yang tegas kepada negara-negara yang menganjur program seumpama itu.

Kita tidak akan berasa bersalah sekiranya kita berbicara tentang bangsa melayu atau bangsanya sendiri atau memperkata bahasa kerana bahasa merupakan kekuatan bangsa, tetapi sekiranya mempersalahkan orang lain atas kelemahan diri dan kaum kita sendiri, itu tindakan yang tidak benar.

Kebebasan bukan absolute (mutlak). Tidak bermakna boleh kita buat apa sahaja. Bukan juga tafsiran sempit golongan yang hanya untuk memikirkan untuk mendapat habuan bagi  kepentingan individu. Kebebasan minda mestilah hasil daripada informasi yang sihat dan dari jiwa yang sihat. Emosi dan semangat memang fragile (rapuh) bagi mereka yang tidak mempunyai jatidiri, senang di permainkan oleh mereka yang sentiasa melihat ruang menghasut.  Mereka ini seperti musang yang mengintai-intai sekumpulan kambing, yang mana boleh dijadikan makanan musang tersebut.

Kita tidak boleh bertolak ansur dan mesti menolak mana-mana pemimpin yang tidak langsung mempunyai mempunyai semangat patriotik, tidak ada semangat cintakan negara, cintakan kestabilan, keamanan serta toleransi yang telah sebati dalam masyarakat negara ini.  

Kita telah membina negara kita dengan jayanya, dan kita tidak boleh membenarkan mana-mana pihak, individu atau kumpulan, yang cuba merobek, menghancurkan kemakmuran yang kita punyai sekarang. Apa yang ada pada hari ini perlu dikekalkan.


DATO’ SHAMSUL ANUAR HJ. NASARAH
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA


Bertarikh: 30 November 2007

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my