• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Tuesday
Feb 07th
Home arrow Terkini arrow Kewajaran meminda AUKU
Kewajaran meminda AUKU PDF Cetak E-mail
Monday, 10 July 2006

Oleh SHAMSUL BAHAR ABD. RANI

BARU-baru ini Majlis Belia Malaysia (MBM) menggesa agar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971 dipinda. Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo selaku Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) antara lain menyatakan ia adalah untuk melahirkan golongan belia sebagai generasi pelapis kepimpinan negara.

Sebenarnya isu tersebut sudah kerap kali dibincang dan diperdebatkan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, para mahasiswa hinggalah pembangkang.

Sepintas lalu dilihat kepada kenyataan tersebut membayangkan bahawa MBM beranggapan bahawa AUKU telah membatasi pergerakan golongan mahasiswa.

Sebelum sesuatu keputusan diambil satu kajian mendalam perlu dilakukan. Perjuangan untuk meminda AUKU memang sudah lama digerakkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di kampus.

Jika dilihat kepada kenyataan Mohamad Khir mungkin cadangan yang dimaksudkan terhad kepada penyertaan dalam pertubuhan belia dan bukannya pertubuhan politik.

Mungkin ini bezanya saranan tersebut dengan gerakan kumpulan-kumpulan tertentu tadi. Persoalan yang perlu direnung adakah AUKU menghalang secara total penyertaan pelajar di dalam pertubuhan belia. AUKU antara lain menyatakan pelajar dilarang menyertai mana-mana pertubuhan, kesatuan mahupun parti politik.

Tetapi terdapat “proviso” yang membenarkan penyertaan golongan pelajar dengan mendapat kebenaran daripada naib canselor. Satu aspek yang perlu diteliti adakah dengan pindaan ini ia benar-benar memberi manfaat kepada golongan mahasiswa yang rata-ratanya belia.

Antaranya adalah tidak mengabaikan pelajaran semasa mereka berada di kampus. Satu mekanisme juga perlu difikirkan agar golongan-golongan yang mempunyai kepentingan politik tidak mempergunakan mahasiswa demi kepentingan politik sempit mereka.

Penyertaan mahasiswa dalam pertubuhan luar dengan mendapat izin daripada dekan dilihat sebagai mekanisme yang lebih munasabah dan tepat.

Tidak dinafikan generasi belia pada hari ini adalah pewaris kepimpinan pada masa depan. Imam Al-Ghazali pun ada menyatakan jika hendak melihat sesebuah negara pada masa depan maka lihatlah golongan mudanya pada hari ini.

Oleh yang demikian satu platform untuk golongan ini mengasah bakat kepimpinan perlu disediakan.

Pada pendapat saya apa-apa jua tindakan selepas ini kepentingan pendidikan itu sendiri seharusnya diutamakan. Sementara itu pihak-pihak yang mempunyai cadangan dan pandangan perlulah duduk semeja dalam menangani isu ini agar keputusan yang tepat demi kepentingan agama, nusa dan negara dapat dicapai.

 
< Sebelumnya   Berikutnya >
Berita Utama
  • Pause
  • Previous
  • Next
1/4
Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.
404 Not Found

Not Found

The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

Keseluruhan artikel...
 
         
Advertisement

Dari Meja Presiden MBM

Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

Baca seterusnya..

Ucapan Presiden HBN 2010


Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

baca seterusnya..

e-Buku

PENGUKUHAN

BANGSA MALAYSIA

Dan Cabarannya

Image

Khidmat Belia

Belia Benci Dadah

Untuk bantuan, sila hubungi:

PEMADAM
No.8, Jalan Ledang
50480, Kuala Lumpur
Tel: 03-2094 1190
Faks: 03-2094 3233
Web:
www.pemadam.org.my
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

PENGASIH MALAYSIA
3201 Jalan Syers
Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-6201 3179 / 0287
Faks: 03-6201 3013
Web:
www.pengasih.net
Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
IOI Resort, 62502 Putrajaya
Tel: 03-8949 8400
Faks: 03-8944 1931
Web:
www.adk.gov.my