• Narrow screen resolution
  • Wide screen resolution
  • Auto width resolution
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • red color
  • green color

Majlis Belia Malaysia

Wednesday
Feb 08th
Home arrow Articles arrow Perspektif: Menghayati penghakupayaan belia
Perspektif: Menghayati penghakupayaan belia PDF Cetak E-mail
Monday, 23 July 2007

Perspektif: Menghayati penghakupayaan belia


Pemahaman konsep amalan secara tepat penuhi permintaan asas generasi muda

PERSATUAN Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan Seminar Kepemimpinan Pertubuhan Belia Peringkat Pahang bermula semalam hingga esok dengan MAYC Temerloh menjadi tuan rumah.

Satu daripada tajuk perbincangan seminar yang turut dihadiri 300 peserta ialah penghakupayaan belia. Kebetulannya, tahun ini genap 10 tahun istilah ‘penghakupayaan belia’ digunakan dalam pemikiran gerakan dan pembangunan belia di negara ini.

Ia bermula pada Oktober 1997 apabila Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika itu diundang menyampaikan ucap utama bertajuk ‘Youth Empowerment’ pada Sesi Bersama Perundingan Strategi Baru Sumber Pembangunan Manusia Pegawai Kanan Negara Komanwel dan Mesyuarat Forum Belia Serantau anjuran Program Belia Komanwel (CYP) Bagi Asia di Kuala Lumpur.


  Dalam menyediakan ucapan itu, puas dicari tulisan tempatan mengenai subjek itu, tetapi tidak ditemui. Dalam tulisan antarabangsa juga, ia sukar ditemui. Malahan, buku yang disunting William D. Angel (1995), The International Law of Youth Right yang dianggap rujukan pembangunan belia antarabangsa itupun tidak menggunakan istilah itu.

Sehingga masa itu, istilah yang lazim digunakan ialah ‘partisipasi belia.’ Partisipasi digunakan, contohnya, dalam tema Tahun Belia Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1985, iaitu ‘Partisipasi, Pembangunan, Keamanan’ dan dalam dokumen PBB 1995 bertajuk Program Belia Tahun 2000 dan Selanjutnya.

Apabila ‘empowerment’ hendak diterjemahkan ke bahasa Malaysia, tidak pula ditemui istilah yang tepat. Bagi mengelak daripada istilah ‘pemberdayaan’ yang digunakan di Indonesia, maka dicipta istilah baru, iaitu ‘penghakupayaan.’

Menurut Kamus Oxford, ‘empower’ (menghakupaya) bermakna ‘secara rasmi memberikan kuasa; autoriti, lesen; menyerahkan keupayaan atau kuasa yang diperlukan untuk sesuatu tujuan atau tugas; upaya, permit,’ manakala ‘empowerment’ pula bermakna ‘tindakan menghakupayakan seseorang; keadaan empowered (terhakupaya).’

Penghakupayaan mula digunakan sebagai istilah politik oleh aktivis pelajar Amerika Syarikat pada dekad 60-an. Selepas itu, ia menjadi istilah dunia perniagaan. Mills dan Friesen (1995) menyifatkannya sebagai cara dan gaya pengurusan. Maknanya hampir menyamai delegasi, walaupun ia tidak serupa.

Mereka mendefinisinya sebagai ‘autoriti orang bawah untuk membuat keputusan dan bertindak.’ Ia membayangkan ruang yang luas bagi mereka yang terhakupaya untuk bertindak dengan bebas dan dengan budi bicara sendiri.

Menurut Blanchard, Carlos dan Randolph (1996) pula, ‘penghakupayaan membolehkan dioptimumkan kapasiti sumber manusia yang kurang digunakan yang mesti digembleng sekiranya organisasi ingin meneruskan kelangsungan (survival) dalam dunia hari ini yang semakin kompleks dan dinamik.’

Cara gaya pengurusan tradisional di mana pengurus mengawal dan pekerja dikawal tidak lagi efektif. Untuk berubah kepada paradigma penghakupayaan memerlukan perubahan dalam beberapa aspek organisasi.

Untuk mempraktikkan penghakupayaan, struktur organisasi perlu lebih fleksibel dan fungsi pengurusan perlu berubah dari set minda arah-kawal kepada set minda tanggungjawab-sokongan yang memungkinkan setiap anggota dapat menyumbangkan yang terbaik kepada organisasi.

Di samping bersetuju dengan definisi dan konsep yang diterima pakai dalam konteks cara gaya pengurusan, dalam ehwal pembangunan belia, penghakupayaan perlu dilihat sebagai falsafah atau konsep dan sebagai pendekatan atau strategi yang membentuk landasan bagi membolehkan kerangka belia sebagai rakan pembangunan beroperasi.

Penghakupayaan belia berada dalam satu kontinum, ‘dari peluang belia kepada hak belia’ dan ‘dari perundingan tidak formal kepada partisipasi secara berstruktur dan formal dalam proses membuat keputusan.’ Perspektif ini meliputi konsep lain seperti ‘menjana kapasiti,’ ‘hak asasi belia,’ ‘tanggungjawab belia,’ ‘autonomi,’ ‘pembangunan partisipatif’ dan lain-lain.

Justeru, penghakupayaan belia didefinisikan sebagai membolehkan dan mendapatkan belia untuk memahami dan bertindak atas semua isu (seperti peribadi, keluarga, sosial, budaya, ekonomi, politik dan antarabangsa) yang menyentuh dirinya dan sekitarnya.

Ucap utama itu kemudian menjadi sebahagian daripada kandungan buku bertajuk Strengthening Youth Agenda: Implementation through Empowerment yang diterbitkan MBM pada 1998.

Apabila Mesyuarat Menteri Belia Komanwel bersidang di Kuala Lumpur pada tahun yang sama, satu daripada agendanya ialah penggubalan Pelan Tindakan Penghakupayaan Belia Komanwel, buku itu dijadikan rujukan untuk erti ‘empowerment.’

Kebelakangan ini, penghakupayaan semakin kerap digunakan dalam perbincangan pembangunan belia, iaitu seperti yang tercatat dengan nyata dalam dokumen rasmi kerajaan seperti Dasar Pembangunan Belia Negara (1997), Pelan Tindakan Penghakupayaan Belia Komanwel (1998), Deklarasi Lisbon Tentang Dasar Dan Program Belia PBB (1998) dan Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 1 2006-2010.

Malangnya, walaupun sudah sedekad digunakan, ramai masih tidak pasti dengan makna penghakupayaan belia yang sebenar. Amat mustahak supaya maknanya benar-benar difahami kerana timbul kekeliruan, hatta eksploitasi terhadap konsep ini.

Antara kekeliruan itu ialah,

  • Menganggapnya sebagai memberi tugasan orang lain kepada belia. Ini bukan penghakupayaan belia, tetapi adalah pembuangan (dumping).

  • Melantik belia sebagai wakil orang lain. Ini bukannya penghakupayaan belia, tetapi adalah delegasi.

  • Menyerahkan kuasa kepada belia tanpa had atau kebertanggungjawaban. Ini bukannya penghakupayaan belia, tetapi adalah anarki.

  • Mengundang belia untuk membantu membuat keputusan orang lain. Ini bukannya penghakupayaan belia, tetapi adalah pengurusan partisipatif.

  • Orang lain menggunakan belia untuk memajukan sesuatu program atau objektif tanpa belia mengetahui mengenai apa yang disertainya. Ini bukannya penghakupayaan belia, tetapi adalah manipulasi.

  • Belia terbabit tetapi tidak dapat membuat keputusan mengenai tujuan, cara atau tahap pembabiatnnya. Ini bukan penghakupayaan belia, tetapi adalah melepaskan batuk di tangga (tokenism).

  • Belia dibabitkan untuk menjustifikasikan sesuatu program itu adalah disertai belia. Ini bukannya penghakupayaan belia, tetapi adalah kosmetik atau ‘window dressing.’

    Konsep ini perlu disebarluaskan dan difahami. Penghakupayaan belia bukan bermakna memberikan kuasa kepada belia. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, aktivisme dan intelektualisme belia menerusi aktiviti, bakti dan advokasi yang diamalkan gerakan perjuangan belia.

    Hanya dengan meningkatkan amalan penghakupayaan belia, terutama dengan memastikan tercatatnya istilah itu dalam dokumen kerajaan benar-benar dilaksanakan dengan maknanya yang tepat, barulah tiga permintaan asas belia iaitu belia mahu suaranya didengar, belia mahu peranannya diiktiraf dan belia mahu masalahnya diselesaikan dengan cara yang berorientasi belia dapat dipenuhi.

    Datuk Saifuddin Abdullah ialah Pengerusi Akademi Belia yang juga bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (1998-2002)
  • 404 Not Found

    Not Found

    The requested URL /administrator/components/com_juser/files/user_118field_6.txt was not found on this server.


    Apache/2.2.3 (CentOS) Server at 69.13.180.63 Port 80

    ©The New Straits Times Press (M) Berhad

     
    < Sebelumnya   Berikutnya >
    Berita Utama
    • Pause
    • Previous
    • Next
    1/4
    Image MBM adakan MPAT59 dengan jayanya Active Image
    Kuala Lumpur, 5 jun 2010 - Majlis Belia Malaysia (MBM) telahpun mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT)  kali ke 59 dengan jayanya bertempat di Hotel Flamingo, Ampang. Seramai 256 orang perwakilan yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Kerja, Ahli Dewan Tertinggi serta perwakilan dari badan gabungan telah berkampung selama dua hari di Ampang. MPAT pada kali ini adalah begitu unik kerana ianya telah dirasmikan sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM. Menurut beliau, MPAT ini sungguh istimewa kerana ianya dihadiri oleh pemimpin-pemimpin belia yang berumur bawah 40 tahun iaitu yang tertakluk dengan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007.

    Untuk teks penuh Ucapan Dasar Presiden MBM, sila muat turun di sini

    Keseluruhan artikel...
     
             
    Advertisement

    Dari Meja Presiden MBM

    Assalamualaikum dan salam 1 Belia 1 Malaysia

    Pertamanya saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana telah diberi kepercayaan dan mandat sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) oleh para perwakilan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 yang berlangsung pada 6 - 8 Januari 2010 yang lalu.....

    Baca seterusnya..

    Ucapan Presiden HBN 2010


    Pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak, terima kasih khususnya, kepada seluruh para belia yang hadir memberikan sokongan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2010 bertemakan :

    baca seterusnya..

    e-Buku

    PENGUKUHAN

    BANGSA MALAYSIA

    Dan Cabarannya

    Image

    Khidmat Belia

    Belia Benci Dadah

    Untuk bantuan, sila hubungi:

    PEMADAM
    No.8, Jalan Ledang
    50480, Kuala Lumpur
    Tel: 03-2094 1190
    Faks: 03-2094 3233
    Web:
    www.pemadam.org.my
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    PENGASIH MALAYSIA
    3201 Jalan Syers
    Off Langgak Tunku, Bukit Tunku
    50480 Kuala Lumpur
    Tel: 03-6201 3179 / 0287
    Faks: 03-6201 3013
    Web:
    www.pengasih.net
    Emel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus menghidupkan JavaScript untuk melihatnya

    AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN
    Aras 3-6, Bangunan Two IOI Square
    IOI Resort, 62502 Putrajaya
    Tel: 03-8949 8400
    Faks: 03-8944 1931
    Web:
    www.adk.gov.my